Pelakon, Tiz Zaqyah tampil berkongsi pandangan bahawa aktres, Fazura merupakan individu paling menarik untuk dirakam kerana memiliki raut wajah yang cantik dari setiap sudut.
Artikel Berkaitan: Tiz Zaqyah Berang Kebolehan Wanita Dipertikai, Mohon Dorongan Buat Pejuang Sumud Flotilla
Artikel Berkaitan: Lelaki Dipercayai Teman Istimewa Tiz Zaqyah Mohon Doa Orang Ramai – ‘Semoga Allah Permudahkan Segala Urusan’
Setiap sudut cantik

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang pengguna yang dikenali sebagai cik_keding3513 meluahkan pandangannya bahawa Fazura sememangnya memiliki wajah yang cantik dari setiap sudut.
Betul kata Sajat, Fazura ini memang lawa setiap angle.
Bagaimanapun, hantaran tersebut turut menarik perhatian Tiz Zaqyah atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, yang turut bersetuju dengan kenyataan individu berkenaan.
Ujarnya lagi, bahawa Fazura kerap menjadi pilihan jurukamera untuk dirakam di hadapan kamera.
Selalu tanya cameraman, shoot muka siapa paling best.
Selalunya jawapan mereka adalah Fazura.
Sebab setiap angle cantik dan sharp.
Kalau lukis muka dia pun best.
Sumber: Threads
The post ‘Selalu Tanya Cameraman Shoot Muka Siapa Paling Best, Jawapan Dia Fazura Setiap Angle Cantik’ – Tiz Zaqyah first appeared on OHBULAN!.





