33.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Sedih Juga Ada Yang Komen Bosan Dengar Lagu Sama’ – Nadeera

    Shopee Sale

    Penyanyi, Nadeera mengakui ada menerima komen daripada segelintir netizen yang meluahkan rasa bosan kerana sering mendendangkan lagu ‘Bukan Lagi Kita’ di setiap acara yang diundang.

    Artikel Berkaitan: Nadeera Menangis Tiket Showcase ‘Sold Out’ Dalam Tempoh Tiga Minit, Janjikan Persembahan Memukau

    Nadeera sedih

    Ketika ditemui , pemilik nama Farah Nadeera Zaini berasa sedih namun tetap berharap orang ramai tidak bosan dengan lagu yang diciptakan penyanyi, Hael Husaini itu.

    Saya adalah terbaca komen yang kata, ‘Tak ada lagu lain ke nak nyanyi?’.

    Agak sedih jugalah bila baca sebab lagu ‘Bukan Lagi Kita’ inilah karya pertama yang membuatkan orang mengenali saya.

    Tapi ada juga peminat saya yang selalu nak mendengar saya menyanyikan lagu ini dan ia menjadi ‘evergreen’ untuk rata-rata pendengar.

    Korang janganlah bosan kalau saya asyik lagu ini saja.

    Nadeera berkongsi perkara tersebut ketika acaraa showcase Big Stage yang diadakan di Pavillion, Kuala Lumpur pada Rabu.

    MENARIK:  Zazleen Sedih Teringat Kecaman Netizen, Lega CSOIAM Dah Berakhir – ‘Saya Tidak Dialu-Alukan Dalam Final …’

    Dalam pada itu, Nadeera berharap dia dapat tampil dengan karya baharu dan mendapat sambutan yang setaraf dengan lagu ‘Bukan Lagi Kita’.

    Saya harap ada lah karya lain untuk saya yang ‘hype’ dia sama macam lagu ‘Bukan Lagi Kita’.

    Nak kata risau, sudah semestinya risau jadi saya harap orang boleh terima dan mendoakan saya boleh kekal lama dalam industri.

    Harap sangat ada rezeki itu.

    Sekadar info, Nadeera memenangi tempat kedua di Anugerah Juara Lagu Ke-39 (AJL39) menerusi lagu ‘Bukan Lagi Kita’.

    The post ‘Sedih Juga Ada Yang Komen Bosan Dengar Lagu Sama’ – Nadeera first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah