Selepas tujuh tahun berdiam diri, pelakon Haneesya Hanee akhirnya mendedahkan dia mengetahui identiti individu yang menyebarkan videonya di sebuah kelab malam sekitar 2019 hingga menyebabkan gelaran Dewi Remaja yang dimenanginya ditarik balik.
Artikel Berkaitan: Haneesya Hanee Dedah Kisah Sebenar Isu Video Kelab Malam? – ‘Tengok Nanti Berapa Ramai Tergigit Lidah Sendiri’
Tahu siapa dalang

Haneesya, 25, berkata, meskipun dia sedar siapa dalang di sebalik penyebaran video berkenaan, namun tiada bukti kukuh untuk menuduh individu terbabit. Malah, mengakui hidupnya musnah akibat kontroversi yang tercetus.
Selepas hampir tujuh tahun barulah ada yang bertanyakan kepada saya tentang kejadian tersebut. Saya tahu siapa yang viralkan video di kelab malam, orang dalam pertandingan Dewi Remaja juga.
Saya tahu siapa orang itu, cumanya saya tiada bukti untuk mendakwa dia. Saya harap awak yang viralkan video saya kini gembira dengan apa yang sudah dilakukan. Sesungguhnya tindakan awak telah musnahkan hidup saya.
Namun ingin saya tunjukkan di sini, apa jua usaha awak untuk jatuhkan saya, awak sudah gagal. Saya tidak pernah ‘give up’ untuk terus berusaha. Selagi saya ada kudrat dan minat dengan dunia lakonan, saya teruskan.
Haneesya berkongsi perkara itu ketika muncul dalam rancangan No Filter 2 yang dihoskan Elly Mazlein.
Raikan dengan mak

Dalam masa sama, Haneesya menafikan dakwaan mengatakan video kelab malam itu dirakam ketika dia meraikan kemenangan sebagai juara Dewi Remaja 2018/2019.
Saya tidak meraikan kemenangan Dewi Remaja di kelab malam, saya sambut di satu kedai makan bersama mak dan dua rakan baik saya.
Jika itu masih tidak cukup bukti, cuba lihat semula video berkenaan akan nampak rambut saya ada ‘bangs’, sedangkan ketika saya menang, rambut saya tiada ‘bangs’.
Itu bermaksud, ketika saya pergi kelab malam adalah sudah berbulan yang lepas sebelum dewi remaja lagi. Rambut tidak boleh panjang dalam masa singkat.
Mengambil iktibar daripada insiden tersebut, Haneesya mengakui dirinya juga manusia biasa yang tidak lari daripada berbuat kesilapan.
Kemenangan yang diberikan saya hanya sekejap, tidak sampai 24 jam. Saya tunggu lama untuk momen itu. Impian mak saya untuk lihat saya masuk program tersebut.
Saya tahu saya banyak dosa, apa yang dibuat itu adalah salah. Saya manusia biasa yang tidak lari daripada berbuat salah.
Sumber: YouTube
The post ‘Saya Tidak Rai Kemenangan Di Kelab Malam, Sambut Di Kedai Makan Dengan Mak’ – Haneesya Hanee Tahu Dalang Penyebar Video ‘Clubbing’ first appeared on OHBULAN!.





