28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Pernah Berlakon Dengan Mawi, Bukan Sebab Kawan Konti’ – Anas Tahir

    Shopee Sale



    Keakraban sebagai sahabat bukanlah ‘tiket’ untuk penyampai radio, Anas Tahir, terbuka menerima tawaran berlakon dalam filem arahan Mawi iaitu ‘Zim Zim Ala Kazim’.

    Mawi bagi kepercayaan kepada saya

    Menerusi temu bual bersama Anas berkata, dia sedar ramai mengaitkan keakraban mereka sebagai rakan konti di sebuah stesen radio. Namun begitu, ramai yang tidak tahu bahawa mereka pernah berlakon sekali sebelum ini antaranya ‘Tiada Tajuk’.

    Tidak, bukan sebab kawan konti, saya memang dah pernah berlakon dengan Mawi sebelum ini antaranya Tiada Tajuk.

    Disoal mengenai senang atau susah bekerja dengan Mawi, Anas menyifatkan pelantun suara Aduh Saliha itu seorang yang profesional dan memberi kepercayaan penuh kepadanya untuk menjayakan watak yang ditawarkan.

    Tambah Anas, pada awalnya dia juga ragu-ragu untuk menerima tawaran tersebut kerana komitmen kerja yang padat.

    Mawi bagi kepercayaan kepada saya, ada watak yang Mawi rasa saya boleh bawa.

    Pada asalnya saya menolak untuk melakonkan watak ini sebab sibuk bekerja tetapi bos luluskan cuti untuk penggambaran jadi saya teruskan sajalah.

    Saya hanya ikut arahan yang diberikan oleh Mawi sepanjang penggambaran berlangsung. Apa yang dia suruh saya buat saja.

    Anas ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Zim Zim Ala Kazim di Petaling Jaya, baru-baru ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Bekpes Panas Akan Disiarkan Langsung Dalam ETS KL Sentral Ke Padang Besar pada 8 Mac Ini

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah