25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Nasihat Sebelum Bercuti Buat Dulu Survey, Layak Atau Tidak’ – Aliff Syukri Bersuara Isu Rumah Hutan Bonda Rozita 

    Shopee Sale

    Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tampil mengulas mengenai isu perusahan penginapan Rumah Hutan milik ibunya, Rozita Ibrahim yang didakwa memberi servis tidak bagus sehingga mendapat penilaian rendah oleh seorang individu.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Beri 4.5/10 Untuk Rumah Hutan Bonda Rozita, Makanan ‘Out’ & Macam Duduk Kolej – ‘Ambil Komen Ini Untuk Tambah Baik’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rozita Ibrahim Tak Sanggup Cerita Keburukan Bekas Suami – ‘Itu Prinsip Saya, Anak Sendiri Pun Tak Tahu’

    Isu Rumah Hutan

    Menerusi hantaran di TikTok, Aliff mempersoalkan kenyataan individu terbabit yang mengatakan biliknya dimasuki tebuan sedangkan kawasan resort tersebut sememangnya berkonsepkan hutan dan alam semula jadi.

    Meskipun isu ini bukan mengenai resort saya tetapi resort mak saya, namun saya faham situasi yang dialami.

    Apabila buat resort atau chalet yang berkonsepkan alam semula jadi kerana faham satu perkara. Jika ada nyamuk, tebuan, cicak atau sebagainya, pemilik resort tidak boleh nak halang perkara itu.

    Saya nasihatkan sebelum pergi bercuti, buatlah dulu survey tempat yang ingin bercuti itu bagaimana. Layak atau tidak bercuti di situ.

    Mengulas mengenai isu harga yang didakwa terlalu mahal, Aliff berpendapat seseorang seharusnya menginap di lokasi yang mengikut kemampuannya.

    Jelas Aliff, harga yang dikenakan adalah berpatutan kerana kos menyiapkan projek penginapan itu sangat tinggi.

    Kalau awak rasa penginapan itu mahal, perlu faham yang pemilik nak menyiapan resort juga tidak murah, lagi-lagi beli tanah yang ada sungai.

    Jumlah projek makan jutaan ringgit, sebab itu target market setiap pengusaha resort adalah berbeza. Banyak lagi resort atau chalet yang lebih murah di luar sana, bergantung kepada anda.

    Dalam pada itu, Aliff yang juga mempunyai perusahan sama seperti ibunya berkata, tidak mudah untuk memuaskan selera semua pihak.

    Untuk memuaskan hati semua pihak memang tidak mudah. Sebagai pelanggan dan pengguna perlu faham juga bagaimana pengusaha nak kekalkan kos penyelenggaraan.

    Pengusaha selalu terima pelanggan hanya pada hari minggu, manakala gaji pekerja yang menjaga resort pada hari biasa perlu dibayar. Saya tidak marah, namun dengan ulasan negatif diberikan akan mengganggu jualan.

    Terdahulu, seorang individu berkongsi pengalamannya menginap di Rumah Hutan Bonda Rozita yang terletak di Batang Kali, Selangor.

    MENARIK:  ‘Saya Gagal Sebagai Suami’ – Nazim Othman Enggan Kahwin Lagi, Syukur Bekas Isteri Temui Lelaki Tepat

    Jelasnya, dia berasa kecewa dengan servis kurang memuaskan selain mendakwa harga tidak berpatutan.

    Sumber: TikTok

    The post ‘Saya Nasihat Sebelum Bercuti Buat Dulu Survey, Layak Atau Tidak’ – Aliff Syukri Bersuara Isu Rumah Hutan Bonda Rozita  first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah