25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Gagal Sebagai Suami’ – Nazim Othman Enggan Kahwin Lagi, Syukur Bekas Isteri Temui Lelaki Tepat

    Shopee Sale



    Pelakon Nazim Othman akui gagal menjadi seorang suami yang terbaik kepada bekas isterinya, Bella Dally.

    Era berpasangan tamat

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IG Stories), Nazim mendedahkan bahawa dirinya tidak lagi mempertimbangkan untuk mendirikan rumah tangga.

    Menurut Nazim, dia lebih rela berstatus bujang daripada menyakiti hati pasangan.

    Sebagai seorang lelaki yang tidak sempurna, saya belajar pengajaran yang berharga bukan sahaja melalui pengalaman saya namun daripada hubungan pasangan lain juga.

    Saya lebih rela membujang daripada menyakiti hati pasangan.

    Bersyukur bekas isteri dah bahagia

    Dalam pada itu, aktor berusia 40 tahun itu meluahkan rasa syukur dengan perancangan tuhan buat bekas isterinya.

    Saya benar-benar bersyukur kerana tuhan menyatukan dia dengan lelaki yang tepat sebagai suami.

    Sekadar info, Nazim mendirikan rumah tangga bersama aktres Bella Dally pada 10 September 2016.

    MENARIK:  Aliff Aziz Berikomitemen Penuh Kepada JAWI, Inginkan Penyelesaian Cepat Bagi Isu Khalwat Dengan Ruhainies

    Walau bagaimanapun, mahligai yang dibina itu berakhir setelah dua tahun bersama sebagai suami isteri. Pasangan ini sah bercerai pada 2 Mei 2018.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah