Personaliti media sosial, Khairul Aming berkongsi pandangan mengenai nilai sebenar di sebalik setiap resipi masakan yang dikongsikan pencipta kandungan di media sosial.
Artikel Berkaitan: Khairul Aming Transformasi Rembayung Jadi ‘Live Room’ Terbesar Di Malaysia – ‘Kita Akan Masak-Masak Bersama Cef’
Artikel Berkaitan: Pelanggan Rembayung Dapat Dua Kali Ikan Bawal Kurang Masak, Minta Khairul Aming Perketat QC Makanan
Masak menyatukan kita

Khairul Aming berkata, sesuatu resipi itu tidak seharusnya dinilai berdasarkan tahap kesempurnaan semata-mata, sebaliknya usaha untuk mencuba dan momen kebersamaan yang terhasil di rumah jauh lebih bermakna.
Satu bahan masak yang korang tak akan boleh beli walaupun ada duit sebanyak mana sekalipun. Bahan keempat itu sebenarnya adalah usaha kita semua untuk mencuba.
Tambah Khairul Aming, video masakan yang dihasilkan bukan bertujuan memenuhi standard profesional atau industri restoran, sebaliknya disediakan untuk memudahkan orang ramai mencipta kenangan bersama insan tersayang.
Video masak ini bukan standard profesional, bukan untuk dijual di restoran dan bukan juga untuk mereka yang ada akses kepada bahan atau peralatan industri.
Ia dibuat supaya korang boleh cipta momen di rumah. Ada yang masak dengan anak-anak sebelum mereka membesar, ada yang guna peluang ini untuk berkumpul dengan keluarga kerana bukan selalu dapat bersama.
Ada yang tak cukup bahan, ada yang tak cukup ilmu, ada yang tak cukup kelengkapan, takpe. Kita buat dengan apa yang ada. Yang penting, kita mula mencuba.
Kalau masakan gagal pun tak apa. Sekurang-kurangnya kita cuba. Kalau kita letakkan mindset memasak mesti sempurna, susah untuk tarik anak muda masuk ke dapur.
Dalam pada itu, Khairul Aming turut mengingatkan masyarakat supaya melihat kehidupan daripada sudut yang lebih luas dan memahami realiti berbeza yang dihadapi setiap individu.
Daripada proses ini, ada yang belajar berdikari, belajar buat silap dan belajar berinovasi. Dalam hidup, jangan tengok dunia kita sahaja.
Bila kita faham situasi orang lain, empati akan wujud. Mungkin video masak satu minit ini tak mampu selesaikan masalah dunia, tetapi sekurang-kurangnya ia mampu menyatukan kita.
Kenyataan tersebut hadir susulan kecaman seorang netizen terhadap video masakan Cottage Pie yang dikongsikan personaliti media sosial, Che Sayang yang didakwa tidak kemas serta tidak menyediakan resipi tepat.
Sumber: Instagram
The post ‘Satu Bahan Masak Yang Tak Boleh Beli Walaupun Ada Duit Adalah Usaha Kita Mencuba’ – Khairul Aming first appeared on OHBULAN!.





