29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sasha Abdul Aziz Kongsi Menu Sahur, Ibu Menyusu Boleh Tiru – ‘Alhamdulillah, Susu Badan Cukup’

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial dan usahawan, Sasha Abdul Aziz berkongsi jenis makanan yang diambil ketika sahur bagi membantu mengekalkan penghasilan susu badan.

    Artikel Berkaitan: ‘Anak Saya Semua Normal’ – Sasha Abdul Aziz Respon, Individu Dakwa Cahaya Mata Sulung Hidap Autisme 

    Artikel Berkaitan: Sasha Abdul Aziz Akur Tukar Nama Jamu Selepas Dinasihati Ibu – ‘Jangan Buat Benda Yang Boleh Trigger Orang’

    Untuk ibu menyusu

    View on Threads

    Menerusi hantaran di Threads, Sasha memuat naik juadah sahur yang dinikmatinya untuk Ramadan kali ini. Antaranya adalah roti, telur, sayur-sayuran dan buah-buahan.

    Turut kelihatan di dalam perkongsian tersebut adalah makanan tambahan dan suplemen.

    Sahur saya, dua biji telur, mangga, kurma dan air kosong.

    Ya, saya menyusukan anak sepenuhnya.

    Menurut Sasha, pengambilan makanan tersebut telah membantu dirinya mengekalkan pengeluaran susu sepanjang berpuasa.

    Ibu-ibu yang menyusu, saya sudah dua hari sahur begini.

    Alhamdulillah, susu cukup sepanjang hari menyusu anak.

    Dalam masa sama, Sasha Abdul Aziz turut meminta agar para pengikutnya mendoakan supaya dia terus diberi kekuatan untuk menyusukan cahaya matanya sepanjang bulan Ramadan ini.

    Doakan susu saya cukup sepanjang berpuasa ini untuk anak lelaki saya, Idris Harris.

    Sekadar info, Sasha mendirikan rumah tangga bersama suami, Daily Doseof Liu pada tahun 2019. 

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Duduk Sebelah Bella Boleh Hilang Stres’ – Syed Saddiq

    Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Isabella Liu dan Rose Liu serta seorang anak lelaki yang selamat dilahirkan pada 14 Julai tahun lalu.

    Sumber: Threads

    The post Sasha Abdul Aziz Kongsi Menu Sahur, Ibu Menyusu Boleh Tiru – ‘Alhamdulillah, Susu Badan Cukup’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah