25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sarah Yasmine Bongkar Rakaman Aliff Aziz Menangis Beri Telefon, Tidak Takut Nak Saman Ruhainies 5 Juta Dollar – Video

    Shopee Sale



    sarah

    Wanita yang didakwa ‘kekasih gelap’ kepada pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine tampil secara bersemuka untuk menjelaskan kemelut yang sedang melanda.

    Penjelasan Sarah

    sarah

    Menerusi temu bual bersama Boom Malaysia, Sarah meluahkan rasa kesal kerana Ruhainies didakwa telah memfitnahnya.

    Video yang Chacha buat tu, ada rakaman suara apa yang Ruhainies cakap.

    Dalam video tu Ruhainies ada kata saya ada letak barang dalam air Aliff. Tapi tak, saya dapat tengok conversation tu sebab sayalah yang bersama dengan dia hari-hari. Jadi bila dia cakap macam tu, ia diibaratkan macam satu fitnah.

    Sarah tak tahu lah kenapa dia nak fitnah macam tu, sedangkan dia tahu yang saya dengan Aliff. Tak perlulah, fitnah lah tu.

    Dalam pada itu, Sarah berkata dia sama sekali tidak takut jika disaman berikutan pendedahan yang telah terbongkar kerana Aliff sendiri yang memberi telefon bimbit tersebut kepadanya.

    Sarah tak takut sebenarnya, sebab pemilik telefon itu sendiri bagi saya telefon dia. Dia kata saya boleh pakai telefon dia.

    Saya ada rakaman suara, patutnya ini hanya untuk saya dan Aisyah Aziz tapi sebab dah jadi macam ni saya beri semua dengar.

    Kedengaran daripada rakaman tersebut adalah suara Aliff yang sedang menangis dan menyatakan bahawa dia telah memberi telefonnya kepada Sarah.

    ‘I give you my phone’.

    Boleh dengar Aliff sendiri bagi telefon dekat saya dan kenapa dia nangis-nangis sebab ada pergaduhan antara kami. Saya cakap saya nak tinggalkan dia, bukan sekali ini terjadi.

    Sementara itu, Sarah berkata dia mahu menyaman Ruhainies kerana dakwaan yang dilemparkan adalah tidak benar dan dia mempunyai bukti yang kukuh.

    Untuk Ruhainies pula, awak tahu semua itu fitnah. Boleh ke kalau saya pula saman fitnah dekat awak 5 juta dollar? Sebab ini dah terbukti dah fitnah.

    Video

     

    View this post on Instagram

    A post shared by BOOM! (@boom.malaysia)

    MENARIK:  Hariz Hamdan Mengaku Fobia Darah Selepas Pernah Kemalangan Ketika Usia Empat Tahun

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah