
Selepas hangatnya spekulasi mengatakan dirinya sedang hangat bercinta, ahli kumpulan Dolla iaitu Sabronzo masih enggan berkongsi siapakah identiti jejaka yang berjaya mencuri hatinya.
Tak mahu terlalu kongsi kisah peribadi

Ketika ditemui , Sabronzo atau nama lengkapnya Wan Sabrina Wan Rusli berkata, dia tetap berpegang teguh dengan prinsipnya yang tidak mahu terlalu berkongsi soal peribadi secara terbuka,
Dia kawan saya dan kami tak lebih daripada itu.
Secara umumnya saya merupakan seorang yang sangat menjaga privasi.
Malah, sejak saya berada dalam industri, saya jarang berkongsi tentang keluarga mahupun rakan-rakan saya.
Saya nak orang di sekeliling saya dilindungi kerana netizen bukan selalunya berhati baik, saya okay sahaja tetapi saya tidak mahu keluarga serta kenalan saya terkena tempiasnya.
Sabronzo berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu terbaharu Dolla yang berjudul ‘MWA!’, pada Sabtu.
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Damelo’ ini meluahkan rasa terharu kerana ramai peminat yang mengambil berat dan meluahkan rasa ingin tahu tentang kisah peribadinya.
Saya sangat terharu ramai orang yang ambil berat dan ambil tahu tentang kehidupan peribadi dan kebahagiaan saya.
Tapi buat masa sekarang tak ada apa yang serius pun soal percintaan.
Ketika ini, saya nak berikan fokus 100 peratus terhadap karier saya dan Dolla.
Kalau nak tanya soal hubungan cinta pula, tak ada sebarang perkembangan sangat pun.
Saya nak sangat kongsikan tetapi maaf setakat ini saya hanya boleh katakan, ‘No comment’.
Terdahulu, timbul satu spekulasi dan gosip mengatakan Sabronzo sedang bercinta dengan seorang DJ antarabangsa selepas mereka dilihat berbalas komen di media sosial.





