28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sabrina Azhar Kongsi Cerita Kawan Pernah Terima Layanan Buruk Di Korea – ‘Ada Pak Cik Tarik Tudung Kawan Saya & Minta Balik Negara Asal’

    Shopee Sale



    Sabrina Azhar

    Disebabkan imej berhijab, pelakon dan pempengaruh, Sabrina Azhar berkongsi pengalaman apabila seorang rakannya menerima layanan buruk ketika mereka melanjutkan pengajian di Korea Selatan.

    Kena tarik tudung

    Sabrina Azhar

    Sabrina, 24, berkata, ketika kejadian berlaku, rakannya sedang berbasikal di sebuah taman di Seoul, namun secara tiba-tiba lelaki tidak dikenali bertindak menarik tudung yang dipakai dan melemparkan kata-kata kesat.

    Sewaktu kami masih belajar, kawan saya gemar berbasikal di kawasan Sungai Han. Ada satu hari, seorang pakcik tiba-tiba datang ke arah kawan saya dan memaki hamun.

    Pakcik tu suruh kawan saya pulang ke negara asal (Malaysia) dan menarik tudung kawan saya itu.

    Kawan saya pun tak tahu nak buat apa waktu itu dan dia agak trauma kerana insiden berkenaan.

    Sabrina berkata demikian ketika ditemui di sidang media tiga buah drama terbitan Astro iaitu Curang Tanpa Niat, Rahsiamu Selamat Denganku dan Opis Politik di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Selasa.

    MENARIK:  Bawa Pulang Wang Tunai RM1,000,000 Sebagai MAEllionaire! – Hanya Dengan Menggunakan Aplikasi MAE

    Kekangan bahasa

    Sabrina Azhar

    Dalam pada itu, Sabrina bersyukur kerana sepanjang dia berada di negara tersebut, tidak pernah menerima sebarang layanan buruk mahupun dipandang rasis masyarakat Korea.

    Alhamdulillah saya tidak pernah berdepan dengan situasi rasis walaupun berhijab.

    Paling-paling pun sewaktu membeli barang, peniaga itu memberikan pandangan serong tetapi selepas saya berbahasa Korea mereka sebenarnya okay sahaja sangat peramah.

    Saya bukanlah nak mempertahankan orang Korea tetapi saya rasa mereka lebih friendly dengan individu yang berbahasa Korea disebabkan senang untuk berkomunikasi.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah