Penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian tampil menitipkan ucapan romantis sempena ulang tahun perkahwinannya yang kedua bersama isteri tercinta, Mahalini.
Artikel Berkaitan: Sule ‘Don’t Care’ Netizen Pertikai Mahalini Melahirkan Anak Lebih Awal – ‘Asalkan Cucu Saya Sihat & Selamat’
Artikel Berkaitan: Mahalini & Rizky Febian Selamat Timang Puteri Sulung, Pilih Nama Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian
Ulang tahun perkahwinan Rizky, Mahalini
View on Threads
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, Rizky meluahkan rasa syukur dan penghargaan terhadap isteri tercinta yang sentiasa berada di sisinya sepanjang melayari alam rumah tangga.
Selamat 2 tahun pernikahan kita isteriku.
Kamu wanita kuat, hebat! Kamu selalu jadi tempat ternyaman aku, selalu jadi pengubat hati disaat aku lagi gelisah.
Dalam perkongsian sama, penyanyi lagu Kesempurnaan Cinta itu turut berharap agar rumah tangga yang dibina akan terus kekal bahagia dan dipenuhi kasih sayang hingga ke akhir hayat.
Perjalanan panjang ini biar selalu jadi saksi cinta kita ya sayang.
Kita sama-sama rangkai terus perjalanan kita ya sayang. Semoga aku selalu jadi suami yang selalu boleh bahagiakan kamu.
Perkongsian itu turut menerima pelbagai reaksi daripada peminat yang mendoakan agar rumah tangga mereka terus berkekalan hingga ke syurga.
Sumber: Threads Rizky Febian
The post Rizky Febian Titip Ucapan Romantis Buat Mahalini Sempena ‘Anniversary’ Ke-2 – ‘Kamu Wanita Kuat, Hebat’ first appeared on OHBULAN!.





