![]()
Bata kembali dengan koleksi kasut yang mesti ada dalam wardrobe korang! Kalau korang nak tahu, kalini korang boleh tampil anggun dan menawan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan koleksi Starlight Bata.
Rekaan kasut yang trendy dan edgy dengan sentuhan bling-bling menambahkan lagi seri si pemakai.
Apatah lagi bila digayakan pada hari raya, cantik sangat-sangat.
Siap boleh gayakan macam KOL kegemaran korang!




Paling menarik, koleksi Starlight ini menawarkan pelbagai pilihan kasut termasuk kasut tinggi & kasut Ballerina (wanita) Moccasin & sandal (lelaki), dan Power & North Star Sneakers (remaja) serta Bubblegummers sneakers (kanak-kanak).
Ia menampilkan reka bentuk moden dan elegan, sesuai untuk dipadankan dengan pelbagai gaya. Nak tahu macam mana nak mix & match kasut ni dengan outfit korang? Jom tengok bagaimana KOL kegemaran korang menggayakan koleksi ini di SINI.




Cantik betul kan! So, tak hairanlah di Bata korang boleh dapatkan kasut raya untuk seisi keluarga.
Incase, korang nak beli untuk kegunaan harian pun boleh.
Selain itu, korang juga boleh menang hadiah menarik dengan peraduan Bata X Poplook!

Ha…nak bergaya sambil menang hadiah? Jangan lepaskan peluang untuk sertai peraduan eksklusif Bata X Poplook! Caranya mudah je! Korang hanya perlu ikut langkah yang dikongsi di Instagram Bata dan rebut hadiah istimewa.
Boleh check out post peraduan Bata X Poplook di SINI.
Dapatkan sampul Duit Raya eksklusif Rekaan Arif Rafhan di Bata

Selain promosi di atas, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan sampul Duit Raya eksklusif hasil kolaborasi bersama Arif Rafhan, seorang ilustrator tempatan yang baru-baru ini viral dengan karya seni Batik X Venom, dengan sebarang pembelian di Bata.com.
Jangan main-main, sampul raya yang mengangkat tema batik ni memang korang tak akan dapat dekat tempat lain.
Ianya adalah kelainan yang Bata bawa dalam usaha mengangkat seni Batik dan menerapkan elemen budaya tempatan agar hari Raya pada tahun ini disambut dengan penuh keikhlasan dan rasa syukur.
Promosi hebat di stor, memang berbaloi!

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Bata kini menawarkan promosi kaw-kaw bermula dari 18 Februari 2025 hingga 1 April 2025 dimana korang boleh dapatkan baucar dan rebat tunai bagi setiap pembelian.
Sama ada korang singgah di stor fizikal atau beli secara online, ada tawaran istimewa menanti.
Berikut adalah perinciannya;-
Tahap 1:
- Rebat RM50 dan dapatkan baucar RM50 dengan pembelian minimum RM299.
- Tukar baucar RM50 dengan pembelian minimum RM199 untuk pembelian seterusnya.
Tahap 2:
- Dapatkan baucar RM50 dengan pembelian minimum RM199.
- Tukar baucar RM50 dengan pembelian minimum RM159 untuk pembelian seterusnya.
Tahap 3:
- Dapatkan baucar RM30 dengan pembelian minimum RM159.
- Tukar baucar RM30 dengan pembelian minimum RM99 untuk pembelian seterusnya.
**Tertakluk pada Terma & Syarat
Bukan itu sahaja! Kalau korang membuat pembelian secara retail, korang akan dapat lebih penjimatan dengan SPay Later.
Nikmati diskaun 10% sehingga RM50! Memang berbaloi untuk korang yang nak beli kasut baru untuk raya nanti!
Untuk maklumat lanjut tentang promosi ni, korang boleh terus ke stor Bata berdekatan atau layari Jangan lepaskan peluang untuk bergaya dengan koleksi terbaru Bata pada harga berbaloi!
Sambut Raya dengan penuh gaya bersama koleksi Starlight dari Bata. Pasti korang tak akan kecewa.
Selamat Hari Raya semua!
The post Rekaan Trendy, Koleksi Starlight Bata Cantik Digayakan Di Hari Raya! first appeared on OHBULAN!.





