29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Ramadan: Merindui Taubat Hamba-Nya, Syawal: Istiqamah Cahaya Ketakwaan’

    Shopee Sale



    TV AlHijrah

    Dengan tema “Ramadan: Merindui Taubat Hamba-Nya, Syawal: Istiqamah Cahaya Ketakwaan”, TV AlHijrah terus komited menyajikan program berkualiti tinggi yang mampu membimbing masyarakat dalam menelusuri Ramadan dan Syawal dengan lebih bermakna.

    Ramadan, Syawal TV Alhijrah

    TV AlHijrah

    Antara program yang bakal ditayangkan adalah Peristiwa Wanita Akhir Zaman, Tadarus On The Go dan Jalan Taubat. 

    Selain itu, TV AlHijrah turut menyajikan pelbagai program khas lain seperti Qalbun Saleem, Cinta Ilmu Istimewa Ramadan dan Khatam Ramadan 1446H untuk menghidupkan roh Ramadan dan Syawal dalam kalangan penonton.

    Terdahulu, pelancaran program Ramadan dan Syawal TV Alhijrah telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar.

    Pelancaran ini turut dihadiri oleh Pengerusi TV AlHijrah, Mohd Khair Ngadiron, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanze Harris, barisan kepimpinan TV AlHijrah, para asatizah dan personaliti.

    Medan dakwah

    TV AlHijrah

    Mohd Na’im dalam ucapannya menegaskan bahawa TV AlHijrah merupakan medan dakwah yang berperanan penting dalam memperkukuh kefahaman Islam di Malaysia.

    TV AlHijrah bukan sekadar sebuah stesen penyiaran, tetapi ia juga sebagai sebuah universiti mendidik masyarakat dengan ilmu-ilmu Islami serta menyiarkan berita-berita hal ehwal semasa dalam dan luar negara dengan tepat dan sahih.

    Melalui penyiaran Islam yang progresif dan interaktif, TV AlHijrah berupaya memastikan Islam terus mekar dan berkembang seiring dengan perubahan zaman.

    Kita mahu penyampaian dakwah ini bukan sahaja relevan dengan perkembangan teknologi, tetapi juga mampu menyentuh hati dan jiwa penonton.

    Dalam majlis sama, Mohd Na’im turut mengiktiraf pencapaian TV AlHijrah pada Ramadan taahun lalu yang membuktikan kepercayaan masyarakat terhadap kandungan Islamik berkualiti. 

    MENARIK:  Meninggal Dunia Bekas Isteri Samuel Rizal Disebabkan Sihir? Dakwa Mengalami Derita Selama 4 Tahun dengan Paku dalam Badan

    Perbaiki diri

    TV AlHijrah

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanze Harris berkata, tema yang diangkat sangat sinonim dengan kedatangan Ramadan yang mana setiap umat Islam ingin perbaiki diri ke arah kebaikan dan mencari jalan taubat.

    Jika tahun lalu tema kita berkaitan peristiwa Ramadan, tahun ini kita angkat tema jalan taubat. Tema ini sangat baik untuk diketengahkan kerana Ramadan sangat significant dengan keampunan.

    Saya percaya baik atau jahat macam mana seseorang itu pasti tidak lari daripada membuat kesilapan. Justeru, cara kita menebus silap adalah memohon maaf kepada Allah dan bertaubat.

    Penonton boleh mengikuti rancangan menarik Ramadan dan Syawal TV AlHijrah melalui saluran TV AlHijrah, aplikasi AlHijrah Plus, platform media sosial rasmi, serta portal AlHijrah Online.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah