29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rabbani Pernah Dipandang Negatif Oleh Agamawan, Sukar Terima Kelainan Lagu ‘Pergi Tak Kembali’

    Shopee Sale



    Kelainan yang pernah ditampilkan oleh kumpulan nasyid popular Rabbani menerusi karya mereka sebelum ini, ternyata pernah mendapat respon negatif daripada segelintir pihak.

    Lagu popular

    Ketika ditemui , anggota Rabbani iaitu Azadan Abdul Aziz mendedahkan lagu Pergi Tak Kembali yang dihasilkan kumpulan KRU pernah menerima tanggapan buruk daripada golongan agamawan.

    Ramai yang mendengar lagu ini terkejut kerana ia lain daripada kebanyakan lagu nasyid yang dihasilkan sebelumnya.

    Sebelum itu belum wujud mana-mana lagu nasyid yang muziknya seperti Pergi Tak Kembali.

    Jadi disebabkan lagu itu berbeza, ramai agamawan yang memandang negatif sehingga menuduh Rabbani ‘melacurkan’ muzik nasyid.

    Menurut Azadan, pembaharuan yang dilakukan menerusi susunan muzik pada lagu tersebut sukar diterima namun, dia tetap bersyukur dengan sambutan luar biasa oleh peminat.

    Bagaimanapun, kami (Rabbani) menghadapi serangan-serangan itu dengan tenang sebab kami tahu apa matlamat dan tujuan kami tampil dengan lagu nasyid begitu.

    Jadi, kami gembira meskipun menerima kecaman, kerana matlamat untuk menarik minat pendengar muda mendengar lagu nasyid tercapai.

    Azadan berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa dan sidang media Starvendors Mega Raya Fest 2025 yang berlangsung di Ruang Rama, baru-baru ini.

    MENARIK:  Suami Guna Alasan ‘Join’ Tabligh Kantoi Curang Dengan Wanita Seksi, Siap Ceraikan Isteri Talak 3 – ‘Ini Bukan Kali Pertama Dia Curang’

    Lebih kreatif

     

    View this post on Instagram

    A post shared by ??????? (@rabbanigroupofficial)

    Dalam pada itu, Azadan berkata, naskah tersebut juga berjaya membuka mata ramai pihak tentang perkembangan lagu-lagu nasyid di negara ini.

    Sebelum KRU hasilkan Pergi Tak Kembali, mereka terlebih dahulu merujuk lagu kami yang berjudul, Muhammad Ya Habibi. Apa yang menariknya adalah ketika mengahasilkan lagu tersebut, mereka juga tak sangka yang lagu nasyid boleh dihasilkan sebegitu rupa.

    Jadi, KRU terus buat tiga buah demo untuk Pergi Tak Kembali, yang mana setiap satu naskhah tersebut berlainan muziknya.

    Tapi, kami juga ada lakukan penambahbaikan dan minta pandangan ustaz-ustaz kami mengenainya. Alhamdulillah, kami tidak sangka ia boleh menjadi fenomena.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah