Pendakwah bebas, PU Syed menyelar tindakan seorang individu berasal dari Indonesia yang menjadikan neraka sebagai bahan konten.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Hukum Tindik Hidung Adalah Haram, Walaupun Suami & Mak Ayah Reda’ – PU Syed Tegur Sharifah Aleya
Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Syed Tegur Ameera Khan & Jefri Nichol Terlampau Mesra – ‘Tak Gerunkah Kalian Kepada Allah?’
Konten api neraka

Menerusi hantaran di Instagram, PU Syed berkata, perbuatan tersebut seperti mempersendakan agama Islam dan menegaskan neraka bukan tempat yang boleh dijadikan jenaka.
Ada seorang individu dari negara seberang (Indonesia) melakukan konten konon-konon berada di dalam neraka.
Betapa beraninya dia menjadikan neraka sebagai satu gurauan, sedangkan Nabi pesan kepada kita untuk elak masuk dalam nereka.
Kita sebagai umat perlu mohon kepada Allah, elakkan diri dari dimasukkan dalam api neraka. Tiba-tiba, orang itu buat konten sedemikian.
Dia juga seakan menyatakan neraka seolah-olah tempat yang sangat nyaman baginya. Hakikatnya, neraka adalah tempat yang sangat terperit azabnya.
Dalam pada itu, PU Syed menggesa pihak berkuasa Indonesia untuk mengambil tindakan terhadap individu tersebut.
Saya minta pihak berkuasa di Indonesia ambil tindakan terhadap individu tersebut, mungkin dia kurang waras atau tidak betul. Andai dia tidak waras berikan rawatan kepadanya.
Jika dia orang Islam kenakan tindakan kerana telah menghina kitab Allah dan jika dia kafir tunggulah azab Allah yang sebenar-benarnya.
Sumber: Instagram
The post PU Syed Selar Lelaki Indonesia Jadikan Neraka Bahan Konten first appeared on OHBULAN!.





