30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, October 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Piere Andre Mengungkapkan 10 Tahun Tanpa Telefon Bimbit & Media Sosial – ‘Bebas Tanpa Tekanan Telefon’

    Shopee Sale



    Piere Andre

    Pelakon dan pengarah, Piere Andre mendedahkan dia sudah 10 tahun tidak menggunakan telefon bimbit.

    Bebas tanpa telefon

    Piere Andre

    Ketika ditemui , Piere atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazarul Andre berkata, sekiranya ada mana-mana pihak yang mencari, perlu berhubung dengan isterinya.

    Malah, Piere mendedahkan dia juga tidak mempunyai sebarang akaun media sosial.

    Saya tiada media sosial. Saya tidak ada telefon, sudah 10 tahun saya tidak ada. Siapa nak hubungi saya, kena telefon isteri saya. Pernah satu masa, saya hanya guna telefon awam.

    Disebabkan tidak ada telefon, saya tidak pernah komunikasi dengan orang lain. Kalau nak hubungi saya, kena hubungi isteri saya.

    Piere berkata demikian ketika ditemui pada majlis doa selamat filem Jangan Pandang Belakang 2, yang diadakan di bangunan Metrowealth International Group (MIG), Petaling Jaya, baru-baru ini.

    Melanjutkan bicara, aktor berusia 38 tahun itu berkata dia selesa dengan kehidupan sedemikian.

    Saya rasa sangat bebas tidak menggunakan telefon. Berbeza dengan masa saya sebelum kahwin, phone bagi saya tekanan.

    Dalam perkembangan terkini, Piere meluahkan rasa syukur apabila diberikan tanggungjawab untuk menggalas peranan sebagai sutradara filem Jangan Pandang Belakang 2.

    MENARIK:  Sengketa Sudah Berakhir, Fauziah Sarman Kongsi Foto Hadir Ke Majlis Akikah Anak Shila Amzah

    Selain bertindak sebagai pengarah, Piere turut memegang sebuah watak dalam filem terbitan MIG itu.

    Jangan Pandang Belakang 2 turut dibintangi Emma Maembong, Mawar Rahsid, Alif Hadi, Iedil Putra dan ramai lagi.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah