Peguam yang mewakili Nur Fazura iaitu Fakhrul Azmam Abu Hassan tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular melibatkan tindakan undang-undang yang dikatakan difailkan oleh Fattah Amin terhadap bekas isterinya.
Artikel Berkaitan: Amira Othman Raya Sebelah Fattah Amin, Teruja Nak Jumpa Keluarga Besar – ‘Segalanya Dibincang Dengan Baik, Tiada Perbalahan’
Hak lawatan anak

Memetik Kosmo, Fakhrul memberitahu, berdasarkan semakan yang dilakukan, Fattah telah memfailkan satu permohonan kebenaran tunjuk sebab secara ‘ex parte‘ menerusi prosiding komital pada awal Februari lalu.
Permohonan yang difailkan berkait dakwaan pelanggaran perintah mahkamah berhubung hak lawatan anak.
Fattah failkan kes tersebut pada awal Februari lalu. Pada 31 Mac 2026, Hakim Yang Arif Tuan Salehan telah membuat keputusan untuk menolak permohonan yang difailkan oleh Fattah.
Dalam erti kata lain, mahkamah menolak permohonan tersebut kerana tiada sebab untuk kenakan tindakan tunjuk sebab kepada Fazura. Mungkin bagi mahkamah, hak lawatan itu berjalan dengan baik.
Tambah Fakhrul, prosiding tersebut dijalankan secara ‘ex parte‘, sekali gus hanya melibatkan kehadiran sebelah pihak sahaja di mahkamah.
Sebelum kita ambil tindakan perlu dapatkan kebenaran mahkamah terlebih dahulu. Tetapi peringkat untuk mendapatkan kebenaran itu pun tidak diluluskan oleh mahkamah.
Dalam pada itu, Fakhrul berpendapat isu melibatkan hak lawatan anak seharusnya boleh diselesaikan secara baik tanpa perlu berpanjangan di mahkamah, sebaliknya melalui rundingan antara kedua-dua pihak.
Mungkin ada dua tiga kali yang Fatima sendiri tak mahu pergi kerana penat ataupun terlambat kerana ada kelas mengaji. Tetapi tahun ni Fatima dapat beraya bersama bapanya.
Terdahulu, perkara ini menjadi perhatian selepas seorang pengguna Threads berkongsi jadual prosiding Mahkamah Tinggi Syariah Selangor yang memaparkan nama Abdul Fattah Mohd. Amin sebagai plaintif dan Nur Fazura Sharifuddin sebagai pihak responden.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu pada 7 Oktober 2024 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Hak penjagaan penuh anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya diberikan kepada Fazura, manakala Fattah pula memperoleh hak lawatan termasuk bermalam dua kali sebulan serta pertemuan beberapa kali dalam seminggu.
Sumber: Kosmo
The post Permohonan Fattah Ditolak Mahkamah, Fazura Tidak Langgar Hak Lawatan Fatima first appeared on OHBULAN!.





