28.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Usahawan Terkenal Baju Raya Utamakan Keselesaan, Letak Harga Mampu Milik – ‘Yang Penting Sopan & Menutup Bahagian Yang Perlu’

    Shopee Sale



    Kolaborasi Shawlpublika x Seth & Luna mendapat sambutan hangat dengan harga mampu milik dan gaya moden yang diusahakan oleh pengasas dua jenama hebat tersebut.

    Keselesaan menjadi keutamaan

    Ketika ditemui , Seth & Luna berkata, mereka mengutamakan keselesaan bagi kaum wanita untuk tetap bergaya di hari raya.

    Menurut Irie Mohamad, kelabuhan dan kelonggaran baju juga diambil kira supaya menutup bahagian yang perlu.

    Untuk tahun 2025, saya mengambil inspirasi daripada baju kurung kedah. Sebab kita dah bincang, inginkan sesuatu yang selesa.

    Daripada baju kurung kedah itu, saya tambah elemen-elemen lain untuk jadikan lebih moden.

    Kalau kita tengok, baju ini semua labuh. Sopan dan menutupi bahagian yang perlu ditutup.

    Sementara itu, pengasas utama Shawlpublika, Nur Hidayu Zorkafli pula memilih untuk meletakkan harga mampu milik.

    Kalau boleh kita nak reach semua lapisan masyarakat. Jadi, kita tak nak letak harga terlalu tinggi.

    Shawlpublika x Seth & Luna berkata demikian ketika majlis pelancaran baju raya yang diadakan di The Starhill, Kuala Lumpur, pada Selasa.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Nikita Tetap Cantik Walaupun Dalam Penjara’

    Tahun kedua bekerjasama dengan Shawlpublika

    Dalam pada itu, pemilik nama Sharifah Nor Azean Mahadzir akui selesa bekerja dengan Shawlpublika buat tahun kedua.

    Ujar Scha selaku duta, keluaran baju raya oleh Shawlpublika x Seth & Luna kali ini berbeza dari segi elemen yang ditambah baik.

    Bila kita dah pernah bekerja dengan orang sebelum ini, keselasaan itu ada.

    Bonding dengan hubungan itu yang membuatkan saya bersetuju untuk bekerjasama lagi dengan jenama ini.

    Banyak perbezaan kalau dari segi bahan fabrik. Tiada lining dan tidak jarang langsung.

    Ujarnya lagi, dia berhati-hati dalam memilih untuk berkolaborasi dengan sesuatu jenama untuk kedua-dua pihak menerima manfaat.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah