30.8 C
Kuala Lumpur
Monday, January 13, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penjawat Awam Beruniform Didakwa Merogol Pelajar

    Shopee Sale



    Di Perak, seorang pegawai rendah polis berpangkat sarjan sedang disiasat selepas didakwa merogol seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di dalam kereta sebanyak dua kali, masing-masing di hadapan balai polis dan di kawasan parkir pasar raya di daerah Perak Tengah, pada September dan Oktober tahun lalu.

    Beritahu ibu

    Sekadar gambar hiasan

    Memetik laporan Harian Metro, perbuatan terkutuk suspek berusia 42 tahun itu terbongkar selepas mangsa memberitahu ibunya, baru-baru ini.

    Difahamkan, pihak polis sudah memanggil mangsa bersama ahli keluarganya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah untuk dirakam keterangan masing-masing mengikut Seksyen 112 kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

    Identiti suspek dikenal pasti berdasarkan nombor telefon yang terpapar dalam telefon bimbit mangsa.

    Polis juga merampas dua telefon bimbit, masing-masing milik remaja berkenaan dan suspek.

    Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah, pihaknya menerima laporan berkaitan kes terbabit pada 20 Januari lalu.

    MENARIK:  ‘Paru-Paru Suami Sudah Rosak & Alami Radang Serta Jangkitan Kuman’ – Isteri Kamal Bakar

    Setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

    Pihak polis sedang menunggu serahan laporan kesihatan oleh pihak hospital. Hasil pemeriksaan awal pihak hospital mendapati tiada kecederaan luaran pada mangsa.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah