Perkongsian rawatan jaundis bayi yang dibeli secara dalam talian menimbulkan beberapa persoalan tentang keselamatan dan keberkesanan penggunaan lampu tanpa pemantauan pakar.
Artikel Berkaitan: Fathia Latiff Kongsi Perjuangan Lawan Skizofrenia, Semakin Pulih Selepas Rawatan – ‘Maaf Banyak Terkasar Bahasa Dulu’
Artikel Berkaitan: Aurat Pesakit Wanita Dalam Rawatan & Keadaan Darurat: ‘Jika Doktor Menolak Sehingga Membahayakan Nyawa Boleh Dianggap Berdosa’
Lampu jaundis bayi ‘online’

Memetik sumber Pa&Ma, tindakan membeli lampu rawatan jaundis bayi secara dalam talian boleh mengundang risiko besar terhadap kesihatan bayi.
Rawatan jaundis memerlukan pemantauan pakar agar mendapat pemeriksaan rapi termasuk ujian darah bagi menentukan tahap bilirubin dalam badan bayi sekali gus memastikan rawatan yang diberikan selamat dan berkesan.
Jaundis yang tidak dirawat dengan betul boleh membawa kesan jangka panjang yang serius terhadap kesihatan bayi.
Oleh sebab itu, penggunaan lampu biru jaundis bayi tanpa pengawasan doktor adalah sangat tidak digalakkan.
Berkongsi lebih lanjut, rawatan tanpa pengesahan perubatan dapat memberi beberapa risiko lain seperti Kernicterus (kerosakan otak kekal).
Paras bilirubin boleh meningkat secara senyap tanpa disedari. Lebih bahaya, ia boleh memasuki otak dan menyebabkan kerosakan kekal seperti masalah pendengaran, lumpuh atau sawan.
Selain itu, lampu jaundis yang dibeli secara dalam talian tidak semestinya berfungsi sama seperti di hospital yang menggunakan julat gelombang cahaya tertentu antara 460 hingga 490 nanometer dengan intensiti yang dikawal rapi.
Lampu biasa yang dijual secara dalam talian mungkin tidak memenuhi spesifikasi ini. Akibatnya, ia tidak mampu membantu memecahkan bilirubin dalam badan bayi.
Tindakan segelintir ibu bapa yang memilih rawatan dari rumah boleh membawa kepada komplikasi lain yang boleh membahayakan nyawa.
Rawatan di hospital lebih disarankan agar si kecil sentiasa berada di bawah pemantauan rapi oleh petugas kesihatan sekali gus memastikan keadaan mereka kekal stabil sepanjang proses pemulihan.
Sumber: Pa&Ma
The post Penggunaan Lampu Jaundis ‘Online’ Untuk Bayi, Selamat Atau Berisiko? first appeared on OHBULAN!.





