27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengarah Miss Universe Thailand Mohon Maaf Isu Didakwa Hina Peserta – ‘Saya Tidak Dapat Kawal Emosi’

    Shopee Sale

    Pengarah Miss Universe Thailand, Nawat Itsaragrisil tampil memohon maaf selepas tular insiden menegur dan memarahi beberapa peserta, termasuk wakil dari Mexico, Fatima Bosch berhubung isu promosi Thailand di media sosial.

    Artikel Berkaitan: Chloe Lim Sedia Julang Nama Malaysia Di Pentas Miss Universe 2025, Pegang Moto Hidup ‘I Know I Can’

    Artikel Berkaitan: Chloe Lim Miss Universe 2025 Bakal Peragakan Kostum Tradisi Bajau Samah Di Thailand

    Tertekan & beban kerja

    Nawat Itsaragrisil, 60, menjadi tumpuan ramai selepas rakaman video yang memperlihatkan dia menegur beberapa peserta tular di media sosial pada Oktober lalu.

    Jika kamu ikut arahan pengarah negara kamu, kamu bodoh.

    Rentetan itu, Presiden Pertubuhan Miss Universe, Raul Rocha turut mengecam tindakan Nawat dan menegaskan pihaknya akan menyekat penglibatannya dalam acara berkaitan pertandingan tahun ini.

    MENARIK:  ‘Bercinta Sepatutnya Selepas Kahwin’ – Que Haidar Perjelas Status Hubungan Bersama Fazura

    Ketika majlis sambutan rasmi Miss Universe 2025 yang berlangsung pada Khamis, Nawat tampil bersuara mengenai kontroversi tersebut serta menjelaskan bahawa tekanan dan beban kerja tinggi membuatkan emosinya terganggu.

    Saya manusia biasa. Kadang-kadang saya tidak dapat mengawal emosi. Tetapi, saya tidak berniat untuk menyakiti sesiapa kerana saya menghormati semuanya. Saya minta maaf atas apa yang berlaku.

    Sementara itu, dalam satu sidang media lain, Nawat juga menolak dakwaan menggunakan bahasa kesat dan menegaskan perkataan sebenar yang diucapkannya adalah ‘damage’.

    Saya tidak pernah sebut bodoh. Saya kata ‘damage’, maksudnya jika Bosch percaya dan mengikut arahan pengarah negaranya, itu akan membawa kepada kerosakan.

    Sumber: Berita Harian

    The post Pengarah Miss Universe Thailand Mohon Maaf Isu Didakwa Hina Peserta – ‘Saya Tidak Dapat Kawal Emosi’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah