26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kesedihan Saya Tidak Sebesar Kak Amyza’ – Fasha Sandha

    Shopee Sale

    Walaupun masih dalam tempoh berpantang selepas mengalami keguguran baru-baru ini, pelakon Fasha Sandha tetap menggagahkan diri melawat aktres senior Amyza Aznan yang kehilangan anak sulung.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharifah Shahirah Kenang Momen Temani Amyza Aznan Di Bilik Bersalin Lahirkan Anak Sulung – ‘Nama Andre Saya Yang Bagi’

    Turut berduka

    Fasha, 41, berkata, dia menyedari kesedihan yang ditanggung Amyza jauh lebih besar berbanding apa yang sedang dilaluinya ketika ini.

    Kesedihan saya itu tidaklah sebesar kesedihan Kak Amyza. Sebab itu, walaupun saya sedang berehat dan kena duduk rumah tapi saya tak bolehlah, kena pergi juga datang melawat dia.

    Sebab saya dan Kak Amyza memang rapat, dia antara pelakon senior yang memang rapat. Baru berjumpa dengan dia sebab event Datuk Alha Alfa, tak sangka benda ini jadi kat dia bertubi-tubi.

    Dalam masa sama, isteri kepada Aidil Aziz itu turut mengambil inisiatif memuat naik hantaran di media sosial bagi mengajak orang ramai bersama-sama membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung Amyza.

    Kebetulan siang Isnin saya baru buat posting untuk anak dia untuk memohon bantuan daripada pengikut saya membantu walaupun RM1.

    Kirakan 10 atau 20 peratus daripada followers saya bantu walaupun seringgit, ia akan jadi jumlah yang banyak untuk dia.

    Sebab dia tak dapat kerja. Dalam keadaan dia yang sedih macam, dia tak dapat kerja, tak dapat nak fokus pada kerja. Jadi dia perlukan bantuan. Bukan hanya semangat, juga daripada segi kewangan.

    Saya percaya kita kena sokong dia. Kita kena bagi support pada dia. Sebab tu saya hadir hari ini untuk visit dia.

    Anak sulung kepada Amyza iaitu Andre Mikhail telah menghembuskan nafas terakhir pada malam Isnin akibat kanser paru-paru.

    MENARIK:  28 Tahun Tak Daftar Nikah, Wanita Ragu Nasab 10 Anak – ‘Saya Rasa Dah Lebih 3 Kali Cerai & Rujuk Tapi Suami Kata 2 Kali Je’

    The post ‘Kesedihan Saya Tidak Sebesar Kak Amyza’ – Fasha Sandha first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah