Lemang memang tidak pernah ‘miss’ bila tiba Aidilfitri. Bau harum pulut dan santan yang dibakar dalam buluh jadi simbol tradisi yang menghidupkan suasana raya.
Lemang best KL!

Di sekitar Kuala Lumpur, setiap kali Ramadan sampai ke penghujungnya, deretan gerai lemang mula “naik seri” dan diserbu orang ramai.
Menariknya, ramai peniaga lemang kini turut viral di TikTok dan media sosial, siap ada yang sanggup beratur panjang semata-mata nak rasa lemang panas-panas! Berikut lima gerai lemang popular sekitar KL yang sering disebut netizen dan media sosial.
1.Lemang Tok Abah
Antara nama yang sering muncul di TikTok setiap kali Ramadan. Lemang Tok Abah terkenal dengan variasi unik seperti lemang pulut hitam dan jagung.
Lokasinya yang strategik di Wangsa Melawati juga menjadikan gerai ini tumpuan warga KL. Ramai pelanggan berkongsi video suasana beratur panjang terutama beberapa hari sebelum raya.
Alamat: 59, Jalan Wangsa Perkasa 6, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
2.Satay Station, Kampung Pandan
Bukan sekadar sate, tempat ini turut menjadi pilihan ramai untuk mendapatkan lemang lengkap dengan rendang menjelang Aidilfitri. Di media sosial, ramai memuji konsep “one stop centre” untuk juadah raya. Datang sekali, boleh dapat semua menu utama.
Alamat: 55, Jalan Pandan Kemajuan A, Kampung Pandan Dalam, 55100 Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia
3.Lemang Haji Razak
Nama ini juga sering disebut di platform seperti TikTok dan Facebook. Antara tarikan utama ialah lemangnya yang dibakar sekata dan tekstur pulut yang lembut. Setiap kali musim raya, tempahan dikatakan cepat habis dan ramai pelanggan sanggup “booking” awal.
Alamat: lemang haji razak, 26, Jalan LEP 1/7, Lestari Putra, 47100 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
4.Lemang Daun Lerek
Gerai ini sering jadi perbualan hangat netizen, termasuk di forum dan Reddit. Keunikan lemang ini adalah penggunaan daun lerek yang memudahkan isi dikeluarkan tanpa perlu membelah buluh.
Alamat: Jln Batu Caves, Kampung Tengah Lembah Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
5.Gerai Lemang (Zoo Negara)
Kalau anda pernah lalu kawasan ini waktu Ramadan, memang akan nampak deretan gerai lemang di tepi jalan.
Menurut perkongsian netizen, kawasan ini antara “port wajib singgah” untuk cari lemang original dengan rasa tradisional.
Lemang dan Aidilfitri memang tak boleh dipisahkan. Hakikatnya, lemang bukan sekadar makanan, lemang adalah simbol tradisi dan kemeriahan Hari Raya.
Permintaan terhadap lemang akan meningkat mendadak setiap kali Aidilfitri, malah ada peniaga mampu menjual sehingga ribuan batang sehari menjelang raya.
Jadi tak hairanlah kalau gerai lemang di KL sentiasa penuh, lebih-lebih lagi bila viral di TikTok!
Kalau anda masih mencari lemang untuk raya nanti, boleh cuba mana-mana gerai di atas. Tapi satu tip penting, jangan tunggu last minute!
The post Pemburu Lemang! Ini 5 Kedai Area KL Boleh Diserbu first appeared on OHBULAN!.





