30.9 C
Kuala Lumpur
Monday, September 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemandu & Rider Grab Kini Kekal Hidrat Dengan 100PLUS, Kerjasama Pertama Seumpamanya di Malaysia!

    Shopee Sale



    Siapa kata tugas frontliner jalanan tak mencabar?

    Bagi komuniti Pemandu dan Rider Grab, cuaca panas terik bukanlah penghalang untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna. Tetapi, penting untuk mereka kekal bertenaga dan hidrat.

    Sebab itulah 100PLUS melangkah ke hadapan dengan kerjasama epik bersama Grab!

    Misi 100PLUS dan Grab – Pastikan para frontliner jalanan kekal segar & hidrat!

    100PLUS, jenama minuman isotonik nombor 1 di Malaysia, kini menjadi jenama pertama yang memberi tumpuan kepada komuniti pemandu dan penghantar Grab.

    Matlamat mereka? Untuk memastikan para frontliner jalanan kita kekal hidrat sepanjang hari, walaupun terdedah kepada panas terik dan cuaca yang mencabar.

    Kerjasama ini termasuk:

    • Pengagihan ribuan sampel 100PLUS kepada pemandu dan rider di Grab Driver Center.
    • Kempen kesedaran mengenai pentingnya kekal hidrat ketika bekerja di jalan raya.
    MENARIK:  ‘Aku Cukup Benci Bila Dalam Masalah Orang Cakap Sabarlah’ – Kak KM

    Bagi memastikan mesej ini sampai kepada setiap pemandu dan rider, 100PLUS dan Grab telah membuat pengumuman kepada komuniti Pemandu dan Rider Grab melalui pelbagai saluran dalam ekosistem Grab, termasuk halaman Facebook khas untuk Pemandu dan Rider, notifikasi dalam aplikasi Pemandu dan Rider Grab, serta kempen e-mel (EDM) kepada seluruh komuniti Pemandu dan Rider Grab.

    Dengan ribuan botol 100PLUS diagihkan, ini bukan sekadar inisiatif – ia adalah tanda penghargaan kepada komuniti pemandu dan rider Grab yang tak kenal lelah. Jadi, kalau korang nampak rider Grab tengah bekerja keras, ingatlah mereka dah siap sedia dengan semangat dan hidrasi dari 100PLUS!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah