26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pelakon Drama Bersiri Terkenal Di Netflix, Julian Ortega Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Shopee Sale



    Pelakon terkenal kelahiran Sepanyol iaitu Julian Ortega disahkan meninggal dunia sewaktu sedang bercuti di Pantai Zahora, Sepanyol pada 25 Ogos lalu.

    Alami serangan jantung

    Memetik laporan portal Forbes, pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri ‘Elite’ yang ditayangkan di Netflix itu disahkan mengalami serangan jantung.

    Semasa kejadian, pasukan paramedik memberikan bantuan pernafasan kepada Ortega sejurus tiba di lokasi penemuan pelakon itu.

    Walau bagaimanapun, anak kepada pelakon lagenda Sepanyol, Gloria Munoz itu gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada usia 41 tahun.

    MENARIK:  Beego Terkejut Dengar ‘Statement’ Linda Hashim, Nafi Terima Notis Dari Peguam – ‘Tidak Ada Pemberitahuan’

    Sehingga kini, punca sebenar kematian Ortega masih belum dikenalpasti.

    Sekadar info, Ortega mula berjinak-jinak sebagai seorang pelakon sekitar tahun 2000 dan pernah muncul dalam beberapa filem berbahasa Sepanyol antaranya ‘El Otro Barrio’.

    Selain itu, Ortega juga pernah membintangi filem fantasi seram La Raiz Del Mal (2008) dan En Tu Puta Cara (2016).

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah