30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Panglima Aduka Lebarkan Sayap Ke Layar Perak, Bakal Bintangi Filem Sumpah Keramat Mat Kilau

    Shopee Sale

    Dikenali sebagai pempengaruh yang lantang memperjuangkan persilatan, Panglima Aduka bersedia menceburi dunia seni apabila bakal tampil dalam filem Sumpah Keramat Mat Kilau yang dijadualkan menemui penonton pada tahun hadapan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fad Anuar ‘Dilamar’ Pelakon ‘Bad Boys 4’ Untuk Latih Silat – ‘Terharu Orang Luar Nampak Bakat Saya’

    Ceburi dunia seni

    Menurut Aduka, peluang tersebut merupakan penghormatan besar selepas hampir sedekad berkecimpung dalam dunia teater dan silat.

    Jiwa saya dengan seni teater dan persilatan memang sudah sebati. Tapi tahun depan, saya diberi kepercayaan untuk memegang watak utama dan menjadi jurulatih silat dalam filem Sumpah Keramat Mat Kilau.

    Ia satu tanggungjawab besar dan saya mahu bawa semangat perjuangan Melayu ke layar perak.

    Walaupun aktif di media sosial, ramai mungkin tidak tahu Aduka sudah lama terlibat dalam dunia teater sejak tahun 2017.

    Aduka antara tenaga utama di bawah produksi Teater Hidayah dan sering bekerjasama dengan pengarah prolifik iaitu Yusry Kamaruzaman.

    Antara naskhah yang pernah dibintanginya termasuk Batu Belah, Galas, Tok Kali Singa, Nilamsari dan kini Panglima Garang.

    Ini merupakan teater saya yang ke-25. Kebanyakannya berunsurkan perjuangan mempertahankan agama, bangsa dan tanah air, di samping mengangkat martabat persilatan ke dalam dunia lakonan.

    Teater Panglima Garang

    Dalam teater Panglima Garang, Aduka membawa watak Pendekar Linggar, seorang antagonis berprinsip yang mempertahankan pandangan dan wilayahnya.

    MENARIK:  Daniel Sher Rasa Tenang Pertama Kali Masuk Masjid

    Dia turut membawa masuk ahli Persatuan Gayong Marifat ke dalam produksi bagi memperkukuh elemen silat di pentas.

    Watak kali ini berbeza kerana menggambarkan seorang pembesar yang mempertahankan pandangannya dan mempunyai wilayah sendiri.

    Sebelum ini saya banyak pegang watak rakyat, tapi kali ini lebih berat dan mencabar dari segi emosi dan disiplin gerak.

    Mengulas tentang hala tuju kariernya, Aduka menegaskan perjuangan seni baginya bukan sekadar hiburan, tetapi tanggungjawab untuk menyampaikan semangat jati diri bangsa.

    Perjuangan ini tidak terhenti di pentas lakonan semata-mata. Ia juga mencerminkan nilai sebenar dalam mempertahankan agama, bangsa dan tanah air seperti yang kita perjuangkan dalam kisah sejarah.

    Pementasan Panglima Garang arahan Yusry Kamaruzaman dengan skrip oleh Kamarul AR bakal dipentaskan pada 7 hingga 9 November ini di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur.

    Naskhah ini menggabungkan semangat, maruah dan keberanian dalam satu persembahan yang sarat dengan nilai tradisi serta kekuatan budaya Melayu.

    The post Panglima Aduka Lebarkan Sayap Ke Layar Perak, Bakal Bintangi Filem Sumpah Keramat Mat Kilau first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah