26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 23, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Netizen Nasihat Uqasha Senrose Bertenang Dahulu, Minta Rujuk Dengan Pejabat Agama

    Shopee Sale

    Netizen meluahkan rasa risau terhadap tindakan pelakon Uqasha Senrose yang dianggap melulu sehingga mendedahkan maklumat peribadi suaminya, Kamal Adli.

    Artikel Berkaitan: Uqasha Senrose Fail Cerai Terhadap Kamal Adli, Bukan Kerana Orang Ketiga?

    Artikel Berkaitan: Peminat Sedih, Titip Doa Buat Uqasha Senrose & Kamal Adli – ‘Semoga Allah Campakkan Kembali Rasa Sayang’

    Selesai antara keluarga

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, ruangan komen pelakon berusia 33 tahun itu dibanjiri netizen yang menasihatinya agar berfikir terlebih dahulu sebelum memuat naik sebarang hantaran.

    Selain itu, netizen berpendapat bahawa pertikaian yang dibangkitkan oleh pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu sebenarnya boleh diperbetulkan, memandangkan kesilapan hanya berlaku pada sijil perkahwinan.

    MENARIK:  Hariz Hamdan Cabar Diri Bawa Watak Komedi – ‘Saya Mahu Tukar Perspektif Penonton’

    Untuk rekod, Uqasha dan Kamal disatukan sebagai suami isteri pada 5 November 2021 dalam satu majlis di Janda Baik, Pahang.

    Pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.

    Terkini, Uqasha Senrose nekad dengan keputusan untuk meneruskan perceraian terhadap suami, aktor Kamal Adli, sebentar tadi.

    Sumber: Instagram @uqashasenrose2

    The post Netizen Nasihat Uqasha Senrose Bertenang Dahulu, Minta Rujuk Dengan Pejabat Agama first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah