31.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Netizen Dakwa Wajah Kelihatan Berbeza, Adira Salahudi Nafi Ambil Filler & Botox – ‘Takut Jatuh Fitnah’

    Shopee Sale

    Pempengaruh dan usahawan, Adira Salahudi tampil menafikan dakwaan yang menuduh dirinya melakukan rawatan estetik seperti filler dan botox.

    Artikel Berkaitan: Netizen Nasihat Adira Salahudi Isu Pakaian Ketat, Tegur Sebab Sayang – ‘Hurting? Kami Menegur Kak’

    Artikel Berkaitan: Adira Salahudi Terima Kecaman, Netizen Malu Tengok Baju Sendat – ‘Dah Tiada Design Lain Ke?’

    Adira Salahudi nafi ubah muka

    Menerusi hantaran di Threads, Adira menjelaskan dia sedar tentang pandangan segelintir pihak terhadap penampilannya yang dikatakan agak berbeza daripada sebelum ini.

    Namun ibu kepada tiga anak ini menegaskan dia kini lebih memberi fokus kepada rawatan kesihatan kulit berbanding prosedur mengubah wajah.

    Takut jatuh fitnah. Saya sayangkan diri saya, saya tahu filler itu bukan sesuatu yang betul untuk saya.

    Sekarang dah 2026, saya lebih fokus kepada rawatan kesihatan kulit seperti skin booster. Katakan tidak pada filler dan botox.

    Kenyataan itu dibuat selepas seorang pengguna media sosial menegur Adira bahawa filler serta botox tidak sesuai dilakukan kerana boleh mengubah rupa asal seseorang.

    MENARIK:  ‘Saya Sabar Sebab Abang, Kalau Ikutkan Hati Dah Lama Tersebar Aib Awak’ – Adik Que Haidar

    Dalam masa sama, Adira turut menghargai teguran serta doa yang diberikan kepadanya dan memaklumkan dia juga sedang berusaha untuk memperbaiki diri ke arah lebih baik.

    Terima kasih atas peringatan dan doa yang baik. Saya sangat hargai keprihatinan awak terhadap saya. 

    InsyaAllah, saya juga sedang berusaha sebaik mungkin untuk memperbaiki diri sedikit demi sedikit.

    Sumber: Threads

    The post Netizen Dakwa Wajah Kelihatan Berbeza, Adira Salahudi Nafi Ambil Filler & Botox – ‘Takut Jatuh Fitnah’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah