24.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Netizen Dakwa Terserempak Dengan Bekas Suami Aprena Manrose Bersama Wanita ‘Free Hair’

    Shopee Sale

    Selepas pelakon Aprena Manrose mengesahkan perceraian pada Ahad, timbul pula dakwaan daripada netizen yang mengakui terkejut melihat Mohd Afiq Hazman bersama seorang wanita ‘free hair.’

    Artikel Berkaitan: Aprena Manrose Umum Sudah Bercerai – ‘Semoga Berbahagia’

    Artikel Berkaitan: ‘Aku Benci Mulut Orang Yang Terpaling Tahu’ – Aprena Manrose Faham Perasan Janna Nick Diasak Fasal Anak

    Perempuan lain?

    View this post on Instagram

    A post shared by WAN SYAHERA PUTRI APRENA (@mrsaprenamanrose)

    Menerusi hantaran di Threads, seorang individu mendakwa dia terserempak dengan Afiq bersama dengan seorang wanita di Kuala Lumpur.

    Baru jumpa hari tu suami dia dengan perempuan lawa free hair dekat area Wangsa Maju. Terkejut juga sebab mereka berdua sahaja.

    ‘Hint’ di kapsyen

    Dalam pada itu, rata-rata warganet turut mendakwa Aprena seakan-akan memberi bayangan tentang rumah tangganya di kapsyen pada hantaran yang dimuat naik di Instagram sebelum ini.

    Betullah kapsyen dia tu. ‘Terima kasih untuk rasa yang luar biasa. Semoga bahagia’..mungkin suami dia ada perempuan lain kot, sedih baca.

    Undur diri tu maknanya memang kena sondol lah tu.

    Apa maksud hashtag dia? Adakah suami dia ada seseorang?

    Dia tak nak cerita tapi dia bagi hints. Semoga tabah Aprena.

    Baca hashtag dia pun kita boleh faham dah maksudnya.

    Terdahulu, Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman mengesahkan bahawa dia dan suami sudah berceai.

    MENARIK:  Wanns Ahmad Dedah Belanja Ribuan Ringgit Rawat Gangguan Mistik – ‘Pernah Mimpi Ada Orang Tarik Saya Keluar’

    Walau bagaimanapun, Aprena tidak mendedahkan secara terperinci tarikh dan punca mereka berpisah.

    Untuk rekod, Aprena dan Afiq mendirikan rumah tangga pada 2016, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

    Sumber: Threads

    The post Netizen Dakwa Terserempak Dengan Bekas Suami Aprena Manrose Bersama Wanita ‘Free Hair’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah