32.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Netizen Dakwa Corak Sejadah Keluaran Syarikat Neelofa Meragukan, Mirip Kepala Kambing?

    Shopee Sale

    Seorang individu meluahkan rasa sangsi terhadap rekaan corak pada sejadah keluaran jenama, Naelofar milik selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Buat Kena Sabar’ – Neelofa Kongsi Cara Mudah Buat Capati, Dedah Bilal & Abbas Suka Makan Dengan Madu & Susu Kambing

    Artikel Berkaitan: Neelofa & PU Riz Jawab Dakwaan Bayaran Kelas Agama Harga ‘Kayangan’ – ‘Kami Buat Di Hotel 5 Bintang, Makanan Mewah & Ada Goodies Bag

    Corak sejadah Naelofar

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Tnreads, individu berkenaan memuat naik foto dan video sejadah yang memaparkan corak flora simetri. 

    Namun, dia mendakwa terdapat bahagian pada corak tersebut yang kelihatan seolah-olah menyerupai imej yang meragukan.

    Mengenai isu sejadah Naelofar. Ada yang panggil saya bod*h, ada yang cakap “it’s just a mere design” dan ada yang kata ia adalah pareidolia. 

    Tak kisah la apa pun, apabila nampak dgn jelas dan was was maka hukumnya haram!

    Tegas individu itu lagi, isu ini bukan sekadar tentang estetika rekaan, tetapi menyentuh sensitiviti dalam ibadah. 

    Sejadah ini tempat kita nak sujud ketika solat. Tanya iman masing-masing. Ini soal akidah! 

    Gelaklah, nak kata saya ni kolot ke, atau nak cuba ‘sekolah’kan saya ke, silakan. Saya tak kisah. Mungkin dah tiba masanya korang pula yang check balik iman masing-masing. 

    Jelasnya, sejadah merupakan hamparan suci yang digunakan untuk menghadap Pencipta, maka setiap perinciannya haruslah diteliti agar tidak mengundang keraguan.

    MENARIK:  [VIDEO] Ellie Suriaty Beri Pendapat Isu ‘Childfree’ – ‘Mungkin Disebabkan Ekonomi, Tapi Bagi Saya Satu Kerugian Kalau Tidak Mahu Anak’

    Sementara menjangah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat individu berkenaan. 

    Bagaimanapun setakat ini pihak Naelofar tidak memberi sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

    Komen

    Sumber: Threads

    The post Netizen Dakwa Corak Sejadah Keluaran Syarikat Neelofa Meragukan, Mirip Kepala Kambing? first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah