Penyanyi Fuad meluahkan rasa terkilan dengan tindakan isterinya, Tom yang seolah-olah sengaja menjaja masalah rumah tangga mereka kepada umum.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Dah Nak Bercerai Dengan Fuad, Sebab Curang Dengan Lelaki Lain’ – Tom
‘Kenapa buka aib sendiri?’

Menerusi komen balas di Facebook, pemilik nama Fuad Abdul Rahman, 40, memaklumkan bahawa isu tersebut sepatutnya diselesaikan secara tertutup dan tidak perlu diwarkan di media sosial.
Aku tak tahulah nak cakap dengan kau apa lagi. Nak selesaikan masalah bukan di dalam media sosial, beri semua orang tahu.
Kenapa buka aib sendiri? Kita ini figura awam, ada anak dan ada Anggun yang baru masuk dua tahun. Tinggal sudah jauh-jauh, bolehlah istighfar banyak-banyak.
Dalam hantaran itu, Fuad juga mengakui sedar akan statusnya sebagai bekas penagih dadah, namun dia berasa ralat apabila nasihatnya sebagai suami tidak diendahkan.
Macam aku ini, aku sedar aku penagih, keluar masuk penjara banyak kali. Jadi apabila suami nasihat dan tegur, kau marah.
Kau kira hati kau saja ya? Hati suami kau, kau tak kisah ya? Tak apalah, Allah ada.
Menjawab kenyataan Tom yang seolah-olah membuka ruang bagi wanita lain menggantikan tempatnya sebagai isteri, peserta Gegar Vaganza musim ke-9 menegaskan bahawa dia tidak berniat untuk mencari pengganti.
Untuk nak cari lain, itu bukan aku, insya-Allah. Tapi untuk awak, saya rasa ramai sedang menunggu. Jadi, aku sudah tidak payah mesej atau hubungi orang yang ganggu kau lagi.
Sekarang kau nak berkawan dengan sesiapa, pergilah. Nak meluncur (surf) tak nak pakai baju pun pergilah. Buatlah apa yang bagi kau baik ya.
Jadi yang kepo-kepo boleh tepuk tangan bersama iblis ya kerana hasutan yang selalu dilakukan oleh mereka hampir berjaya, tapi insya-Allah aku tak akan menyerah kalah kerana hati aku masih sayang kan kau Fara.
Pada Jumaat, Tom menerusi satu hantaran di Facebook mendakwa bakal bercerai dengan Fuad. Ujarnya, punca keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan kecurangannya sendiri dengan lelaki lain.
Sebelum ini, timbul dakwaan rumah tangga pasangan ini sedang dilanda masalah. Namun, Tom dan Fuad menafikan perkara tersebut dan masih baik dan tiada sebarang perselisihan berlaku.
Untuk rekod, Tom dan Fuad bernikah pada 26 Februari 2023 selepas mereka sama-sama terlibat dalam program Gegar Vaganza musim ke-9.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Anggun Lovellia yang kini berusia 2 tahun.
Sebelum itu, Tom juga pernah berkahwin sebanyak tiga kali namun berakhir dengan perceraian. Hasil perkahwinan tersebut, dia memiliki tiga orang cahaya mata lelaki.
Sumber: Facebook Tom
The post ‘Nak Meluncur Tak Nak Pakai Baju Pun Pergilah’ – Fuad Balas Kenyataan Tom Bakal Bercerai first appeared on OHBULAN!.





