28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nabila Razali & Bella Astillah Bersama PTTI Raikan ‘Batch 08’ Terima Keputusan SPM, ‘Straight A’ Dapat Insentif RM500

    Shopee Sale



    PTTI

    Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali serta Bella Astillah meraikan kejayaan pelajar-pelajar PTTI yang berjaya meraih keputusan cemerlang dan menunjukkan peningkatan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 dalam sebuah majlis penghargaan.

    Tumpang gembira

    PTTI

    Turut menumpang gembira, Nabila, 32, menitipkan kata-kata semangat untuk semua pelajar PTTI agar meneruskan langkah ke menara gading dan mengejar cita-cita mereka.

    Tahniah kepada semua adik-adik atas keputusan yang diraih, ‘your hardwork paid off’. Apabila sudah peroleh kejayaan ingat semula titik permulaan adik-adik berjuang.

    Kejayaan yang adik-adik capai hari ini adalah bekat doa ibu, bapa, guru-guru dan tenaga pengajar PTTI.

    Terima kasih PTTI kerana telah membantu pelajar-pelajar ini dan saya harap adik-adik semua buat pilihan yang tepat dan pilih kos yang minat untuk sambung pengajian.

    Sementara itu, Bella, 31, menasihatkan pelajar lepasan SPM agar tidak berputus asa sekiranya meraih keputusan kurang memberangsangkan, kerana percaya itu bukan pengakhiran sebaliknya titik permulaan.

    Saya percaya masing-masing ada keinginan mereka, tapi apa yang terbaik adalah sambung belajar. Fikir tentang masa depan. Apa pun ikut kemahuan masing-masing, anda yang menentukan masa depan sendiri.

    Insentif RM500

    PTTI

    Dalam majlis tersebut, PTTI turut mengumumkan insentif khas sebanyak RM500 kepada pelajar yang berjaya memperoleh ‘Straight A’ dalam peperiksaan SPM2024.

    Seramai 13,469 pelajar PTTI telah mencatat peningkatan prestasi yang membanggakan tahun ini dan PTTI mensasarkan untuk melahirkan sekurang-kurangnya 1,000 pelajar Straight A.

    Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Puan Siti Farhana Abu Osman atau mesra disapa Cikgu Fana berkata,

    Jutaan tahniah kepada batch 08, apa pun keputusan anda itulah hasil titik peluh yang anda lakukan selama ini. Saya harap, keputusan anda akan jadi satu batu loncatan untuk teruskan ke peringkat seterusnya.

    Tahun ini merupakan tahun kedua PTTI meraikan kejayaan pelajar SPM dalam sebuah majlis, justeru di kesempatan ini saya ingin maklumkan PTTI telah mewujudkan satu unit baru iaitu PTTI Edu Consult untuk lepasan SPM dapatkann bimbingan bagi melanjutkan pengajian.

    Tahun ini juga akan diteruskan dengan majlis anugerah apresiasi yang dijadualkan berlangsung pada Mei. Majlis akan beri penghargaan kepada beberapa kategori, antaranya kategori straight A, kategori enam hingga tujuh A dan kategori peningkatan subjek.

    Kami di PTTI dengan pengalaman lebih 10 tahun yang terbukti, percaya kami ada platform yang tepat untuk bantu calon SPM, lebih-lebih lagi bila peperiksaan diawalkan tahun ini. Harapan kami di PTTI adalah untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang berjaya tukar gred Gagal ke Straight A pada tahun ini.

    Pelbagai manfaat

    PTTI

    Sepanjang tahun 2024, lebih daripada 179,000 pelajar di seluruh negara telah mendapat manfaat daripada program dan kelas anjuran PTTI , termasuk melalui kelas percuma, seminar, bimbingan akademik, dan program motivasi.

    MENARIK:  Selepas Kejayaan Lagu ‘Cinta Setandan Pisang’, Eddie Hamid Pilih Adik Waniey Bawa Lagu ‘Curey Depe Mato’

    Sebagai sebahagian daripada usaha memperkasakan pendidikan negara, PTTI telah menjalankan lebih 300 siri School Tour ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia serta lebih 10 sesi Roadtour SPM PTTI di negeri-negeri terpilih.

    Sementara itu, bagi calon SPM Batch 08, PTTI melancarkan program Seminar Gelombang G ke Straight A PTTI yang berlangsung secara atas talian selama 5 hari, bermula dari 24 hingga 28 April 2025. Tiket boleh diperoleh secara percuma di laman rasmi PTTI.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah