Pelakon, Puteri Aishah tampil mempertahankan kredibiliti lakonan aktres, Nabila Huda susulan kenyataan seorang pengguna aplikasi Threads yang mempersoalkan keupayaan aktres berkenaan.
Artikel Berkaitan: Nabila Huda Dipuji Netizen, Disifatkan Pelakon Luar Biasa – ‘Dia Sangat Berbakat, Boleh Bawa Pelbagai Watak’
Artikel Berkaitan: Puteri Aishah Seronok Miliki Suami Kacak – ‘Hari-Hari Bangun Tengok Muka Suami, Cair Saya’
Miliki aura luar biasa

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu mendakwa lakonan Nabila Huda kelihatan biasa sahaja dan kurang memberi impak kerana aktres itu dilihat sekadar melakonkan watak, tidak benar-benar menghidupkan watak yang dibawa.
Nak jujur, lakonan Nabila Huda biasa sahaja.
Bila-bila dia di kaca tv atau dalam filem, nampak betul dia berlakon, dan bukan memainkan watak atau menghidupkan watak itu.
Dia hanya berlakon sahaja, jadinya biasa sahaja.
Mungkin sebab hype pelakon tan skin tak ramai.
Bagaimanapun, hantaran tersebut menarik perhatian Puteri Aishah atau nama penuhnya Puteri Aishah Sulaiman yang tidak bersetuju dengan pandangan individu berkenaan dan menyifatkan aktres tersebut memiliki aura pentas luar biasa.
Tambahnya lagi, tidak ramai mampu memberikan persembahan sehebat itu di atas pentas.
Nabila Huda sangat berbakat besar.
Tak ramai orang boleh berlakon atas pentas macam dia.
Dia memiliki aura pentas yang kuat dan tak semua orang ada.
Kagum dengan bakat Nabila Huda

Berkongsi lanjut, aktres drama ‘Khianat Yang Terpilih’ itu mengakui pernah bekerja bersama Nabila Huda dan kagum melihat bakat lakonan yang dimiliki aktres berkenaan.
Pernah satu frame dengan dia dan dia boleh gelak-gelak, selepas itu bila ‘action’ dia boleh menangis dengan mudah sahaja.
Ujar Puteri lagi, setiap dialog yang disampaikan aktres tersebut dikatakan begitu memberi kesan sehingga penonton, termasuk dirinya sendiri, dapat merasai emosi yang dibawakan aktres tersebut.
Setiap dialog yang dia bagi, saya boleh rasa.
Kalau tak pernah berlakon atas pentas atau dalam satu set bersama, harap jangan judge dia.
Sumber: Threads
The post ‘Nabila Huda Sangat Berbakat, Miliki Aura Pentas Yang Kuat’ – Puteri Aishah first appeared on OHBULAN!.





