Penyanyi dan pelakon, Dafi menasihatkan rakan-rakan artis agar lebih berhati-hati dalam mengulas isu bayaran rendah secara terbuka di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Ariff Bahran Okay Lagi RM1,400 Dua Buah Lagu, Saya Pernah RM500 Untuk Tiga Buah Lagu’ – Hasif Upin
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Aku Nak Makan Apa?’ – Ariff Bahran Dedah Ditawar RM1,400 Untuk Nyanyi Dua Lagu
‘Bila nak bercakap, kena berhati-hati’

Ketika ditemui , Dafi atau nama lengkapnya Gadaffi Ismail Sabri berpendapat bahaawa tidak semua perkara wajar dikongsikan kepada umum lebih-lebih lagi apabila menyentuh soal bayaran atau pendapatan.
Hal ini kerana bimbang ianya boleh menyinggung pihak lain yang mungkin mempunyai kemampuan dan rezeki berbeza.
Saya tidak mengajukan ini kepada mana-mana individu secara spesifik tapi pendapat saya, tidak semua perkara kita perlu kongsikan di media sosial. Bila nak bercakap sesuatu kita kena berhati-hati.
Mungkin rezeki yang kita rasa sedikit tetapi banyak untuk orang lain. Kalau rasa bayaran itu tidak berbaloi, jangan ambil tapi tidak perlu nak menyuarakan perkara itu secara terang-terangan.
Mungkin ada orang menyara satu keluarga dengan jumlah yang kita anggap sedikit itu. Saya rasa kita tak patut perlekehkan rezeki. Kalau tak nak, tak ada salah untuk kita tolak.
Dafi berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran drama BF Green Flag yang berlangsung di Studio Village, pada Rabu.
‘Gaji, rezeki yang kita ada tak semestinya orang lain ada’

Pelakon filem Martabat: Misi Berdarah mengakui setiap individu mempunyai hak dan ketetapan sendiri dalam menilai sesuatu tawaran, namun mengingatkan agar perkara tersebut dibincangkan secara bijak dan tertutup agar tidak menimbulkan salah faham atau pandangan negatif.
Setiap orang ada ketetapan sendiri dan itu hak masing-masing tapi tak perlu bercakap secara umum, banyak hati yang kena jaga. Kena berhati-hati bila bercakap.
Bagi saya kita perlu lebih sensitif menyuara tentang duit, gaji sebab rezeki yang kita ada tak semestinya orang lain ada.
Bagaimanapun, ketika ditanya pandangannya sekiranya ditawarkan bayaran rendah, pelantun lagu Bila Terasa Rindu itu menjelaskan bahawa dia kini lebih terbuka menerima tawaran yang bersesuaian dengan keadaan semasa dan menganggapnya sebagai peluang untuk terus relevan dan aktif dalam industri.
Kalau saya ditawarkan dengan jumlah sedemikian, bila saya free atau bersesuaian, saya ambil je. Mungkin orang yang nak kita tu, tidak berkemampuan nak bayar lebih.
Sebelum ini, seorang penyanyi meluahkan rasa tidak puas hati apabila ditawarkan bayaran RM1,400 untuk mendendangkan dua buah lagi.
Justeru, penyanyi itu akui dia meraih lebih banyak keuntungan dengan kerjayanya kini berbanding menyanyi.
The post ‘Mungkin Kita Rasa Rezeki Tu Sedikit Tapi Banyak Untuk Orang Lain’ – Dafi Tegur Artis Perlekeh Bayaran Rendah first appeared on OHBULAN!.





