30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MoSAIC Perkenal ‘Bayangkanlah KL’, Pameran Interaktif Menyemarakkan Kreativiti Kanak-Kanak

    Shopee Sale

    Muzium Sains, Seni dan Inovasi Kanak-Kanak (MoSAIC) baru-baru ini memperkenalkan pameran terbaharu mereka bertajuk ‘Bayangkanlah KL.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mahu Percutian Lancar Tanpa Stres? Elak 5 Kesilapan Ini Ketika Melancong Ke Luar Negara

    Artikel Berkaitan: Jom Heboh Fun Run 2025 Tawar Hadiah Percutian Keluarga Ke Luar Negara!

    Daya kreativiti kanak-kanak

    Melalui majlis perasmian yang dihadiri keluarga, rakan strategik, dan pengamal media, acara ini menonjolkan semangat imaginasi, nilai warisan, serta kreativiti kanak-kanak di nadi ibu kota, Kuala Lumpur.

    Salah satu tarikan bagi majlis pelancaran tersebut ialah persembahan wayang kulit secara langsung yang dibawakan oleh kanak-kanak berbakat daripada BaiZAM Generation ASWARA.

    Persembahan ini bukan sahaja menarik perhatian penonton muda, malah membangkitkan rasa ingin tahu dan keterujaan apabila seni tradisional wayang kulit disampaikan dalam bentuk interaktif yang dekat dengan dunia kanak-kanak.

    Tetamu yang hadir turut berpeluang menyertai sesi lawatan berpandu ke pameran Bayangkanlah KL yang dikendalikan oleh pasukan MoSAIC.

    Pameran berkonsep imersif merentasi beberapa tingkat ini mengajak seisi keluarga mengenali Kuala Lumpur melalui elemen permainan, penceritaan kreatif dan aktiviti hands-on.

    Antara tarikan utama adalah mural bercahaya dalam gelap, pengalaman lakon peranan bertemakan kopitiam, serta bengkel menghasilkan patung Tok Dalang yang memberi peluang kepada kanak-kanak menghidupkan wayang kulit ciptaan mereka sendiri.

    MENARIK:  [VIDEO] Rosyam Nor Dibenci Wanita Gara-Gara Watak Iman – ‘Kalau Bukan Bulan Puasa …’

    Majlis ini turut menyaksikan kemunculan rasmi Piji, maskot burung merpati MoSAIC, yang segera mencuri perhatian kanak-kanak serta menyuntik suasana ceria sepanjang tempoh pameran.

    Pameran ini mendapat sokongan ArtsFAS di bawah Yayasan Hasanah sebagai cerminan usaha bersama dalam memperluas peluang pendidikan seni dan budaya kepada kanak-kanak.

    Selain itu, ASWARA (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) berperanan sebagai Rakan Pendidikan dan Kandungan dengan menyumbangkan kepakaran dalam seni persembahan, penceritaan wayang kulit serta pembangunan kandungan berteras warisan yang mesra kanak-kanak.

    Dibangunkan dengan kerjasama KreAsia, pameran ini turut menampilkan penglibatan artis muda berbakat serta sukarelawan daripada pelbagai latar belakang yang berganding bahu menghasilkan mural komuniti sebagai sebahagian daripada pengalaman pameran.

    Pameran ini berlangsung selama empat bulan dan menawarkan pelbagai bengkel, sesi penceritaan serta persembahan secara langsung, mengajak keluarga untuk kembali meneroka warisan dan identiti Kuala Lumpur yang sentiasa berkembang.

    The post MoSAIC Perkenal ‘Bayangkanlah KL’, Pameran Interaktif Menyemarakkan Kreativiti Kanak-Kanak first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah