27.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Misha Omar Terpaksa Berdiri Di Konsert Ernie Zakri, Kesal Individu ‘Rembat’ Tempat Duduk – ‘Tanpa Rasa Berdosa, Minta Maaf Pun Tidak’

    Shopee Sale



    Penyanyi terkenal, Misha Omar, meluahkan rasa kecewa selepas tempat duduknya di Konsert Aura Ernie Zakri baru-baru ini dirampas oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

    ‘Duduklah tempat sendiri’

    Menerusi video yang dikongsikan di Instagram Story, Misha atau Samihah @ Aishah Omar, 43, berkata, disebabkan sikap tidak bertanggungjawab individu berkenaan, dia terpaksa berdiri sepanjang lima lagu.

    Tambah pelantun lagu Bunga Bunga Cinta ini lagi, krew konsert terpaksa memeriksa tiket individu tersebut untuk mengesahkan  bahawa tempat itu sememangnya milik Misha.

    Saya baru pulang dari konsert Ernie Zakri. Yang saya nak cerita sekarang, kita semua beli tiket masing-masing. Jadi, duduklah tempat sendiri. Awak tahu tak, sebab awak duduk tempat saya..saya kena berdiri hampir lima lagu.

    Krew terpaksa kena sahkan tiket awak. itu sebenarnya tempat saya bukan awak. Saya kasihan krew yang bekerja pada ketika itu.

    Menurut Misha, lebih mengecewakan apabila individu terbabit langsung tidak memohon maaf kepadanya malah berlalu pergi tanpa rasa bersalah.

    MENARIK:  Syasya Rizal Kecewa Netizen Suruh ‘Cabut’ Tudung Sebab Termakan Daging Khinzir – ‘Kita Semua Pendosa’

    Dalam pada itu, Misha meluahkan rasa terima kasih atas usaha krew yang bertugas kerana bertindak pantas bagi menyelesaikan masalah tersebut.

    Awak duduk tanpa rasa dosa, awak berlalu pergi dengan senyuman tanpa minta maaf pun tidak.

    Terima kasih kepada krew tersebut sebab dapat selesaikan masalah dengan cepat.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah