27.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 6, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mimi Lana Tak Pilih Produksi, Bayaran Bukan Keutamaan – ‘Asalkan Saya Minat Dengan Watak Itu’

    Shopee Sale

    Pelakon, Mimi Lana bersikap terbuka untuk menjalankan kerjasama bersama dengan mana-mana syarikat produksi sama ada berskala besar atau kecil.

    Artikel Berkaitan: Mimi Lana Pohon Doa Netizen, Luas Hasrat Mahu Anak Kembar – ‘Ramai-Ramai Doa Senang Termakbul’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mimi Lana Tak Lepas Peluk Syafiq Kyle Di ‘Wedding’ Eyka Farhana, Netizen Berseloroh – ‘Ya Tahu, Kami Tak Ambil Suami Awak’

    Kelebihan masing-masing

    Ketika ditemui , pemilik nama Mimi Roziana Zainal Abidin, 30, berkata dia percaya setiap syarikat produksi mempunyai kelebihan masing-masing dalam menghasilkan karya yang berkualiti.

    Sebenarnya saya rasa semua pelakon sama. Kebanyakan pelakon suka bekerja dengan orang yang mereka pernah bekerja kerana lebih mudah.

    Macam saya sendiri, saya suka bekerja dengan studio dan set yang besar tapi dalam masa yang sama saya juga suka bekerjasama dengan produksi bebas (independent).

    Skrip lebih grounded, cerita lebih dekat dengan realiti kehidupan. Kalau studio yang besar mereka suka buat cerita yang meletup dan komersial.

    Mimi berkongsi perkara itu ketika ditemui di Scifi Studio pada Ahad lalu semasa sesi dubbing filem terbaharunya, Polong yang dijangka bakal keluar pada tahun depan.

    MENARIK:  [VIDEO] Da’i Syed Kongsi Momen Bantu 3 Beranak, Netizen Sebak – ‘Banyaknya Nikmat Yang Kita Terlupa Syukuri’

    Tidak kisah mana-mana

    Kata isteri kepada pelakon, Syafiq Kyle itu, pertimbangannya dalam menerima sesuatu tawaran lakonan dibuat berdasarkan watak yang ditawarkan, bukan semata-mata kerana bayaran.

    Saya seronok saja kalau berlakon dapat berlakon dengan kedua-dua studio.

    Saya tidak kisah sama ada ia filem komersial atau produksi bebas, saya okay asalkan saya berminat dengan watak yang diberikan.

    Asalkan karya okay, saya pun okay saja.

    Dari segi bayaran pula, ia bergantung kepada komitmen saya dalam filem itu termasuk apa yang saya perlu buat dalam filem itu, berapa hari saya terlibat dan perkara-perkara biasa yang lain.

    Sedikit info, Polong mengisahkan tentang kisah seram berkait tentang balas dendam yang mengangkat cerita Maria Hadi yang dilakonkan oleh June Lojong, seorang wanita yang hidup dengan amalan ilmu hitam dan dosa lampaunya, namun cuba mencari keampunan ketika akhir hayatnya.

    Selain Mimi, filem arahan Zulkarnain Azhar itu turut dibintangi oleh Nam Ron, Nadiya Nisaa, June Lojong dan Fad Anuar.

    The post Mimi Lana Tak Pilih Produksi, Bayaran Bukan Keutamaan – ‘Asalkan Saya Minat Dengan Watak Itu’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah