26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mendoakan Kebaikan untuk Bella dan Keluarganya yang Kecil – Muaz Zabir

    Shopee Sale



    Muaz Zabir

    Pelakon baharu, Muaz Zabir mendoakan kemelut rumah tangga membabitkan pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz menemui titik perdamaian.

    Doakan Bella

    Muaz Zabir

    Ketika ditemui , pemilik nama lengkap Muaz Mohamad Zabir, 27, berharap akan ada keputusan yang baik untuk pasangan berkenaan.

    Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat Bella dan keluarga kecilnya. Sebab saya sebelum ini kenal juga dengan ibu Bella.

    Saya doakan apa pun keputusan akan datang, adalah keputusan yang terbaik buat dia.

    Dalam pada itu, pelakon drama Pemburu Rahsia ini mendakwa dia sudah tidak lagi berhubung dengan Bella.

    Katanya, kali terakhir adalah ketika kontroversi membabitkan nama mereka yang didakwa berskandal sekitar awal April lalu.

    Sekarang saya sudah tidak berhubung dengan Bella. Kali terakhir berhubung apabila isu membabitkan nama kami timbul. Itu sahaja, selain itu atas urusan kerja sahaja.

    Terdahulu, Bella membuat pengakuan hubungan terjalin antara dia dan Muaz bertujuan membuatkan suaminya, Aliff Aziz berasa cemburu.

    MENARIK:  Kakak Sedih Setiap Kali Dengar Lagu Arwah Achik Spin – ‘Kalau Dimainkan Di Radio Saya Terus Tutup’

    Muaz kemudian tampil memohon maaf secara terbuka dan mengakui khilafnya berbuat demikian dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah