34 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Memastikan Kredibiliti Dalam Kerjaya Dan Membanggakan Anak, Aqasha Mengakui Memilih Pekerjaan

    Shopee Sale



    Pelakon Aqasha mengaku memilih tawaran berlakon kerana mahu menjaga kredibiliti dalam karier serta mahu membanggakan dua anaknya.

    Malu dan segan dengan anak

    Memetik laporan Harian Metro, Aqasha atau nama sebenarnya Firdee Akassya Rosli berkata, memandangkan mereka semakin meningkat remaja, dia turut malu dan segan dengan anak-anaknya jika melakonkan watak yang tidak kena dengan usianya.

    Harapan saya apabila saya menerima skrip, saya mendapat watak yang boleh membanggakan anak apabila mereka menonton lakonan saya.

    Anak-anak pun sudah besar, mereka sudah faham apa yang mereka tonton jadi malulah kalau saya bawa watak-watak seperti dulu.

    Berbicara lebih lanjut, Aqasha memberitahu dia tidak menghilangkan diri dari dunia seni atau mengelak publisiti dari media, sebaliknya memilih cara ini kerana berpegang kepada apa yang dia katakan sebelum ini.

    Dulu waktu muda pelbagai bentuk lakonan dan persembahan saya ingin cuba kerana mahu mencari tapak, membentuk identiti dan membina nama di mata masyarakat.

    Sekarang apabila lebih berusia dan berkeluarga, saya ada misi dan sasaran lengkap untuk saya jalankan dalam setiap projek yang akan datang.

    Saya harap setiap projek dan kerja seni yang saya lakukan memberi manfaat kepada orang ramai terutama golongan muda.

    MENARIK:  Guru Al-Quran Maut Kemalangan, Saksi Dedah Jenazah Bersih Tanpa Darah – ‘Hentaman Sangat Kuat Tapi Hanya Luka Di Dagu’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah