
Pelawak dan usahawan, Shuib berkongsi anaknya Ariq Matin, 9, meluahkan rasa kehilangan arwah isterinya, Siti Sarah selepas mempersoalkan kehidupannya tidak sama seperti dahulu.
Sekarang seronok tapi…

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), pemilik nama Shahmira Muhammad itu berkata luahan perasan itu terjadi secara rawak apabila mereka selesai menggunting rambut di kedai.
Kata Matin, kehidupan sekarang seronok tetapi dahulu lebih seronok kerana sosok Siti Sarah masih ada.
Lepas potong rambut, turun guna eskalator Matin tiba-tiba cakap macam ni, ‘Daddy kenapa sekarang kita rasa tidak seronok?’
‘Sekarang seronok tetapi tidak seseronok macam dulu, masa ada ibu (Siti Sarah) best. Dulu masa ada ibu, ibu marah pun best.
Mengakui tergamam mendengar jawapan anaknya, pelawak berusia 41 tahun itu berkata dia tidak tahu jawapan kepada soalan tersebut.
‘Tajam soalan Matin’

Jelasnya, soalan itu sangat menusuk kalbu hingga memaksa dirinya untuk berfikir.
Kadang-kadang bila anak tanya soalan macam itu, kita pun macam tiada jawapan. Cuba menenangkan diri tetapi nampaknya tidak boleh tenangkan diri sebab betul soalan Matin ‘tajam’.
Betul, Mummy (Watie Hanifiah) dia ada tapi… itulah dia kasih seorang mak yang menggandungkan anak mereka. Hubungan mak dengan anak amat dasyat.
Matin hanya seorang budak, kita bersyukur sebab ada mak dengan ayah lagi.
Sekadar info, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun tahun lalu.
Untuk rekod, Shuib berkahwin dengan Siti Sarah pada 2011, namun arwah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan.





