25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lola Enggan Membawa Lelaki Baru ke Rumah, Video Kontroversi Menjadi Viral – ‘Saya Akan Menanti Anda di Padang Mahsyar’

    Shopee Sale



    lola

    Wanita yang dikenali sebagai Lola tampil memberi penjelasan selepas video dia mengaku sudah dua kali mengikuti lelaki yang baru dikenali di kelab malam balik ke rumah mendapat kecaman teruk.

    Sekadar konten

    lola kelab malam

    Menerusi hantaran di TikTok, Lola menyatakan video itu hanya sekadar konten untuk teknik pemasaran. Kata Lola, dia bekerja dengan syarikat itu dan lelaki yang bertanyakan soalan didakwa merupakan bos dalam syarikat tersebut.

    Saya terpaksa membuat video penjelasan ini sebab saya rasa macam dah terlalu melampau. Orang selalu tanya kenapa buat konten macam ini?

    Okay, saya sebenarnya bekerja dengan syarikat tersebut dan yang berdiri di sebelah saya dalam video tular itu adalah founder atau bos syarikat itu. Dan saya bekerja dengan syarikat itu.

    Kenapa saya bersetuju untuk buat konten tersebut kerana ia hanyalah berkontekskan marketing sahaja.

    Semua ini adalah rekaan semata-semata, termasuk nama, umur dan lain-lain.

    Nafinya, dia tidak pernah balik dengan lelaki tidak dikenali sebaliknya sering menghabiskan masa dengan kawan-kawan perempuan saja.

    Yang isu balik dengan dua lelaki itu, saya tidak pernah berbuat demikian. Yang mana mengenali saya, tahu saya macam mana. Kebanyakan masa saya keluar dengan kawan-kawan perempuan.

    Dalam pada itu, Lola mengingatkan kepada orang ramai yang masih mengecam untuk mencari dirinya di padang mahsyar untuk meminta maaf.

    Tapi andai kata masih ada yang berbuat demikian, walaupun video penjelasan ini telah dibuat, demi Allah saya cakap, dekat padang (mahsyar) nanti awak cari saya sampai dapat.

    Sebelum ini, tular di X video seorang gadis muda mengaku dia mula mengunjungi kelab malam sejak berumur 18 tahun. Malah, dia juga sudah dua kali mengikuti lelaki yang baru dikenalinya balik ke rumah.

    MENARIK:  ‘Sharifah Sakinah Heroin Drama Yang Paling Senang Aku Kerja, Tak Diva Di Set’ – Azhan Rani

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah