24.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Konsert Pertama Di Malaysia Meriah! Lima Kumpulan AKB48 Berjaya Hiburkan Lebih 2,000 Peminat

    Shopee Sale



    Konsert AKB48 Group Live in KL 2024 ‘First Cry’ baru-baru ini menyaksikan satu malam yang penuh dengan kegembiraan di Zepp Kuala Lumpur.

    Lebih 2,000 peminat datang

    Lebih daripada 2,000 peminat, termasuk dari Jepun, Thailand, dan Indonesia telah berkumpul untuk menyaksikan persembahan memukau daripada lima kumpulan tersebut yang terdiri daripada AKB48, STU48, Quadlips, JKT48, dan KLP48.

    Konsert yang julung kali diadakan di Malaysia ini berjaya menawarkan pengalaman yang luar biasa buat peminat. Sepanjang persembahan lebih daripada tiga jam itu, peminat kelihatan sangat teruja dan menyalakan cahaya glow stick mereka sambil diiringi visual yang menarik.

    Bukan itu sahaja, peminat turut bersorak dan menyanyi bersama lagu-lagu popular seperti “Catch Me Kiss Me” dan “Overdrive” oleh Quadlips, “Ai no Omosa” dan “Kurayami” oleh STU48, “Rapsodi” dan “Fortune Cookie Yang Mencinta” oleh JKT48, serta “Everyday, Kachuusha” dan “Koi Tsun Jatta” oleh AKB48.

    KLP48, yang baru sahaja mengumumkan ahli generasi pertama mereka, memanfaatkan konsert ini untuk membuat debut yang penuh gaya. Mereka mempersembahkan video muzik dan lagu pertama mereka, “Heavy Rotation,” dalam bahasa Melayu, serta lagu-lagu dalam bahasa Inggeris, Mandarin, dan Jepun untuk menunjukkan kepelbagaian dan bakat mereka.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Pernah Terjebak Dengan Dadah, Merompak Tapi Doa Ibu Selamatkan Saya’ – Aedy Ashraf

    Dalam majlis ini, Yi Shyan diumumkan sebagai ketua kumpulan dan KLP48 Official Fan Club turut dilancarkan dengan langganan bulanan RM30 yang memberikan akses kepada kandungan eksklusif.

    Sebagai penutup yang meriah, kelima-lima kumpulan naik ke pentas bersama untuk menyanyikan lagu ikonik AKB48, “Aitakatta.” Selepas persembahan, mereka mengadakan sesi meet and greet dengan peminat, diikuti dengan perbualan santai bersama beberapa peminat fanatik mereka.

    Konsert ini dianjurkan oleh 48 Entertainment dengan sokongan dari iMe Malaysia. Untuk mengikuti perkembangan terbaru mengenai KLP48, kunjungi @klp48_official di TikTok, @KLP48official di Instagram dan Facebook, atau lawati klp48.my.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah