26.9 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Khadijah Ibrahim Kemalangan Di Beaufort, Alami Kecederaan Ringan

    Shopee Sale



    Penyanyi Datuk Khadijah Ibrahim dilaporkan terbabit dalam sebuah kemalangan ketika dalam perjalanan dari Brunei ke Kota Kinabalu, petang tadi.

    Sedikit kecederaan

    Memetik laporan Harian Metro, Khadijah mengalami sedikit kecederaan apabila kereta pacuan empat roda Toyota Hilux dinaikinya bertembung dengan Toyota Avanza dekat Taman Kinamas, Jalan Beaufort-Kota Kinabalu.

    Difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira 5.30 petang. Selain Khadijah, turut cedera dalam kenderaan pikap terbabit ialah Baharuddin Hassan, 70, dan Kharnita Adrianti Aminudin, 40.

    Bagaimanapun, pelantun suara ‘Doa Buat Kekasih’ ini dilaporkan berada dalam keadaan baik dan ketiga-tiga mereka dapat keluar dengan sendiri dari kenderaan sebelum ketibaan anggota bomba yang dikejarkan untuk membantu mangsa.

    MENARIK:  Isteri Caprice: Saya Ingin Tahu Siapa Perempuan S*al Ini dan Di Mana Rumahnya

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah