29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kami Masih Suami Isteri’ – Kaka Azraff Jawab Status Rumah Tangga

    Shopee Sale

    Penyanyi, Kaka Azraff akhirnya tampil memberi kenyataan tentang status rumah tangganya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya & Suami Baik-Baik Sahaja’ – Kaka Azraff Tak Mahu Terlalu Berkongsi Kisah Rumah Tangga

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ella Kunci Mulut Isu Rumah Tangga Anak Saudara, Terima Segala Keputusan Kaka Azraff

    Bimbang untuk buka hal peribadi

    Ketika ditemui , Kaka atau nama penuhnya Nor Atiqa Noor Azraff, 36, berkata dia dan suaminya, Adam Azriff masih bergelar suami isteri.

    Kami masih suami isteri dan doakan yang baik-baik untuk kami.

    Sebenarnya, saya bukan berniat untuk rahsiakan status rumah tangga kami, cuma saya bimbang untuk membuka cerita peribadi kepada umum.

    Mungkin dulu saya naif sedikit, tidak percaya tentang penyakit ain ini.

    Tetapi selepas apa yang dah berlaku dan saya lalui sendiri, saya lebih berhati-hati dalam berkongsi hal peribadi dalam media sosial atau umum.

    Bagi saya, hal rumah tangga sangatlah peribadi, cukuplah orang tahu kisah dasarnya sahaja.

    Kaka berkata demikian ketika ditemui selepas acara pelancaran album pertamanya berjudul ‘MPT’ di Ara Damansara, Selangor, pada Isnin.

    Demi anak-anak

    Berkongsi lebih lanjut, Kaka menjelaskan bahawa dia memilih untuk tidak terlalu membuka cerita mengenai kehidupan peribadi, khususnya yang melibatkan rumah tangga, demi menjaga kesejahteraan mental anak-anaknya.

    MENARIK:  Syamim Farid ‘Rebranding’ Nama Selepas 10 Tahun Jadi Pelakon, Kini Mahu Dikenali Sebagai ‘Syamim Freida’ – ‘Saya Akan Kembali Aktif Berlakon Semula’

    Ujar pelantun lagu ‘Takleh Usik’ itu, anak-anaknya kini sedang membesar dan suatu hari nanti mampu memahami pelbagai perkara, maka dia memilih untuk tidak menjejaskan pemikiran mereka dengan isu sedemikian.

    Saya minta doa yang baik-baik sahaja daripada semua, kalau boleh memang saya tak mahu sentuh langsung hal rumah tangga demi anak-anak saya.

    Mereka pun akan membesar, nanti semua boleh faham apa yang jadi. Saya tidak mahu mereka baca dan tahu berita yang kurang baik tentang ibu bapa mereka.

    Terdahulu, media melaporkan seorang artis wanita terkenal didakwa telah kembali rujuk bersama bekas suaminya dalam tempoh idah.

    Untuk info, Kaka dan Adam telah sah bercerai talak satu dan pengesahan lafaz cerai itu difahamkan dilakukan secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pada 28 Oktober lalu.

    Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 5, dan Aryan, 3, dan Atta Adam, 15 bulan.

    The post ‘Kami Masih Suami Isteri’ – Kaka Azraff Jawab Status Rumah Tangga first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah