Peguam syarie kepada pelakon Kamal Adli iaitu Hadi Saleh mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut mengenai isu kekeliruan tarikh dan waktu pernikahan yang dibangkitkan oleh Uqasha Senrose, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peguam Mewakili Uqasha Senrose Tarik Diri, Kamal Adli Mohon Netizen Henti Kecam Isteri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kamal Adli Masih Sayang Rumah Tangga, Tak Sangka Berakhir Di Mahkamah – ‘Saya Tak Gembira Sampai Sini’
Isu keliru tarikh nikah

Hadi berkata, perkara itu dianggap terlalu peribadi dan melibatkan urusan kekeluargaan yang sepatutnya diselesaikan secara tertutup tanpa perlu dijadikan perdebatan umum.
Untuk hal berkaitan tarikh nikah, saya tidak mahu komen apa-apa kerana melibatkan urusan dalaman keluarga. Kami sedang berusaha menyelesaikan perkara ini dengan baik antara kedua-dua pihak.
Pihak kami sudah menghantar surat penjelasan kepada peguam yang mewakili Uqasha bagi menerangkan situasi sebenar. Jadi, tiada keperluan untuk mengulas lanjut dan saya harap isu ini tidak lagi diperbesarkan.
Hadi berkata demikian ketika ditemui pada prosiding kedua kes perceraian Kamal dan Uqasha yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Selasa.
Dalam pada itu, Kamal memberitahu dia sudah memaafkan isterinya atas kenyataan yang dibuat mengenai isu berkenaan.
Itu isteri saya, walaupun kami belum bertemu, saya tetap maafkan dia. Saya pun ada kekurangan dan kesilapan saya sendiri. Jadi saya tak mahu salahkan dia sepenuhnya.
Mungkin dia terkejut dengan apa yang berlaku. Sekarang kami sedang cuba selesaikan semuanya secara baik dengan keluarga. Saya juga ingin mohon maaf kepada semua pihak atas kekeliruan yang timbul.
Terdahulu, Uqasha mempersoalkan tarikh dan waktu majlis pernikahannya yang didakwa tidak sama seperti yang tertera dalam sijil nikah sehingga dia meminta pandangan para agamawan.
Selang beberapa jam perkongsian itu dimuat naik di Instagram, Uqasha kemudian bertindak memadamnya selepas menjadi perdebatan umum.
Dalam perkembangan lain, prosiding perceraian pasangan itu ditangguhkan kepada 19 November depan selepas peguam yang mewakili Uqasha sebelum ini menarik diri daripada mengendalikan kes berkenaan.
Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 18 bulan.
The post Kamal Adli Maafkan Uqasha Senrose Isu Persoal Status Nikah – ‘Saya Ada Kekurangan, Tak Salahkan Dia Sepenuhnya’ first appeared on OHBULAN!.





