Pelawak, Atu Zero bersedia memaafkan dan meleraikan kemelut yang berlaku dengan Sharif, namun meletakkan satu syarat utama iaitu abanganya perlu terlebih dahulu memohon maaf kepada ibu mereka.
Artikel Berkaitan: Sharif Dedah Atu Zero Pernah Jadi Gelandangan & Hampir Terjerumus Dengan Dadah? – ‘Dia Salah Pilih Kawan’
Minta maaf dengan mak

Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif, 34, berkata dia maklum mengenai permohonan maaf yang dibuat abangnya secara terbuka menerusi sebuah program hiburan baru-baru ini.
Bagaimanapun Atu memberitahu sehingga kini, Sharif masih belum tampil bertemunya secara bersemuka.
Saya ada tengok video temu bual Sharif dengan media, itu pun separuh sahaja. Orang ramai yang tag saya dalam video tersebut.
Jadi saya tak boleh kata apa-apa sebab setakat ini memang belum ada tindakan daripada dia. Mungkin ada niat, cuma belum sampai lagi.
Atu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) di Restoran Bumbu Babah cawangan MyTown, baru-baru ini.
Bercerita lanjut, Atu berkata sekiranya Sharif benar-benar ingin memperbaiki hubungan kekeluargaan, langkah utama adalah dengan berjumpa ibu mereka terlebih dahulu.
Saya harap dia datang berjumpa demi kebaikan semua. Tapi jangan jumpa saya dulu, jumpa emak. Kalau emak dah maafkan Sharif, saya pun akan maafkan.
Dalam pada itu, Atu menegaskan hubungan kekeluargaan tidak seharusnya terputus walau apa juga yang berlaku dan dia menyambut baik usaha abangnya merendahkan ego untuk memohon maaf.
Saya rindu suasana keluarga kami. Saya gembira bila tengok ramai yang mendoakan dan mahu kami berbaik semula. Mana tahu perkara ini boleh jadi contoh kepada orang lain.
Buat masa sekarang memang belum ada apa-apa lagi. Jadi saya tak boleh cakap banyak sebab takut tersalah cakap.
Sebelum ini, Atu pernah mendedahkan hubungan persaudaraannya dengan Sharif melalui fasa dingin sejak dua tahun lalu.
Kerenggangan itu dipercayai berpunca daripada beberapa isu berkaitan kerja dan peribadi yang dipendam dalam tempoh lama sebelum mencetuskan ketegangan.
The post ‘Kalau Mak Maafkan Sharif, Saya Pun Akan Maafkan’ – Atu Zero first appeared on OHBULAN!.





