29.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aleeya Zailan Masak Setiap Hari Untuk 30 Orang – ‘Kongsi Hidangan Dengan Pembantu, Driver, Jiran & Staff’

    Shopee Sale

    Kebanyakan orang mungkin hanya masak sekadar untuk keluarga, namun berbeza pula dengan gaya hidup usahawan Aleeya Zailan yang setiap hari menyediakan hidangan dalam kuantiti banyak.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Saya Bertudung Bukan Kerana Allah, Takut Tak Istiqamah’ – Aleeya Zailan

    Masak untuk 30 orang

    Menerusi hantaran di TikTok, Aleeya mengakui memasak sudah menjadi rutin hariannya, bukan hanya untuk ahli keluarga, malah melibatkan pekerja dan orang sekeliling.

    Saya masak banyak bukan untuk keluarga saya sahaja. Saya masak dalam kuantiti banyak untuk pembantu-pembantu saya, driver, tukang kebun, pengawal keselamatan dan kawan-kawan.

    Tambah Aleeya, jumlah mereka yang menikmati masakannya kadangkala mencecah hingga 30 orang dalam sehari.

    Driver pula, saya bukan ada satu sahaja, saya ada beberapa driver. Satu hari saya akan masak untuk 20 hingga 30 orang.

    Tidak hanya itu, Aleeya turut berkongsi rezeki dengan mengagihkan makanan kepada pekerja di kedai serta jiran tetangga.

    Selain itu, saya juga akan agihkan kepada staff-staff di kedai dan juga jiran-jiran.

    Sikap pemurah Aleeya yang pemurah dalam berkongsi rezeki mendapat perhatian ramai kerana bukan mudah bagi seseorang untuk meluangkan masa memasak dalam jumlah besar setiap hari.

    MENARIK:  [VIDEO] Ina Naim Dedah Anak Kedua Pada Awalnya Tak Setuju Untuk Kahwin Baru – ‘Kata Nak Hidup Sama-Sama Dengan Ayah Di Taman Syurga?’

    Sumber: TikTok

    The post Aleeya Zailan Masak Setiap Hari Untuk 30 Orang – ‘Kongsi Hidangan Dengan Pembantu, Driver, Jiran & Staff’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah