Seorang wanita yang merupakan kakak kepada seorang pelakon terkenal ditahan polis bagi membantu siasatan kes dadah di sebuah rumah di Bedong, Sungai Petani.
Artikel Berkaitan: Diana Danielle Enggan Komen Isu Nama Farid Kamil Dipetik Pelakon Ditahan Dadah – ‘Harap Tidak Benar’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Pernah Terjebak Dengan Dadah, Merompak Tapi Doa Ibu Selamatkan Saya’ – Aedy Ashraf
Jumpa syabu dalam rumah

Memetik laporan Kosmo Online!, kejadian sekitar pukul 6.45 petang itu membabitkan wanita berusia lingkungan 50-an bersama seorang lagi wanita tempatan berusia 40-an.
Kedua-dua individu itu ditahan hasil serbuan yang dilakukan pihak polis di kediaman di Taman Lembah Bujang Saujana.
Hasil pemeriksaan lanjut di dalam rumah tersebut menemukan sebuah beg silang yang mengandungi plastik berwarna hitam yang diikat dengan getah serta dua peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki syabu dengan anggaran berat 5.45 gram.
Bahan berkenaan ditemui di atas katil dalam sebuah bilik oleh pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kuala Muda.
Kedua-dua wanita terbabit kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan lanjut.
Bagaimanapun, hasil ujian saringan air kencing mendapati mereka bebas daripada pengambilan dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan bahawa kedua-dua suspek direman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39(A)1 Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sumber: Kosmo Online
The post Kakak Pelakon Ditahan, Syabu Ditemui Atas Katil Dalam Rumah first appeared on OHBULAN!.





