Usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, kini sedang menikmati percutian bersama keluarga besarnya di sebuah destinasi pelancongan terkenal di Krabi, Thailand.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Kak Nona Beri Respon Selepas Didakwa Menumpang Harta Isteri – ‘Saya Usaha Bantu Dia Live, Pakai Bengkung..Abaya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Nafi Buka Pekung Kisah Rumah Tangga Kak Nona – ‘Kenapa Saya Dipersalahkan’
Outfit pantai

Menerusi beberapa perkongsian di Instagram, Kak KM dilihat berkongsi momen sepanjang berada di sana termasuk aktiviti santai di persisiran pantai, menaiki bot serta pelbagai aktiviti air bersama ahli keluarga.
Namun begitu, perkongsian tersebut turut mencetuskan perhatian dalam kalangan wargamaya apabila penampilan Kak KM dan keluarganya dikatakan agak menjolok mata.
Ada antara mereka yang dilihat mengenakan pakaian agak seksi, malah ada di antara ahli keluarga tampil dengan pakaian yang memperlihatkan bahagian tubuh secara keterlaluan.
Perkara itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ada berpendapat pemilihan pakaian adalah hak individu, namun menyarankan agar tidak dikongsikan di media sosial sehingga menjadi tontonan umum dan mengundang kecaman.
Dalam masa sama, terdapat juga segelintir wargamaya yang memilih untuk tidak mempersoalkan soal pemakaian, sebaliknya lebih tertarik melihat keakraban serta momen kebersamaan keluarga Kak KM sepanjang percutian tersebut.
Sumber: Instagram
The post Kak KM Sekeluarga Bercuti Di Krabi, Netizen Tak Nak Cakap Fasal Pakaian Tapi Puji ‘Bonding’ Bersama first appeared on OHBULAN!.





